MAKLUMAN TERKINI

> I Love Solat di Surau Nurul Iman, Apt Subang Suria - 10 & 11 Dis 2017

> Pendaftaran kelas Al-Quran dibuka untuk semua peringkat umur.

> Promosi 2017 - Sewa Bilik Seminar Serendah RM 25/jam

Sila hubungi 018-789 2252

Thursday, 1 October 2015

Kursus Sehari Tahu Tajwid untuk Dewasa


ًوَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا
" Dan bacalah Al Qur’an dengan tartil (bertajwid)” 
-Surah Al Muzammil ayat 4-


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh

Membaca Al Quran adalah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah penting.
Banyak hadith yang menceritakan kepada kita tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antaranya ialah :

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya:

“Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”.

Dengan sebab inilah, Akademi Alif akan menganjurkan Kursus Sehari Tahu Tajwid untuk golongan dewasa yang berminat untuk mendalami asas ilmu tajwid Al-Quran

Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hilmi Haniz Muhammad merupakan Guru Al-Quran berpengalaman dan bertauliah.

Berikut adalah maklumat kursus :

TARIKH : 25 Oktober 2015
MASA : 8.00 pagi – 4.00 petang
TEMPAT : Akademi Alif, Kota Damansara

---------------------------------
SIAPA YANG PERLU HADIR ?

Golongan dewasa yang ingin mendalami asas ilmu tajwid dalam masa yang singkat
--------------------
OBJEKTIF KURSUS
  1. Anda dapat mengetahui tentang kewajipan bacaan Al-Quran dengan bertajwid
  2. Anda dapat memahami hukum-hakam bacaan Al-Quran
  3. Anda dapat membezakan makhraj dan sifat huruf-huruf hijai’yyah
  4. Anda dapat mengenali bacaan-bacaan yang asing dalam Al-Quran

-------------------
LOKASI KURSUS

Akademi Alif
No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor,
(The Core SunSuria) 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Google map : https://goo.gl/maps/pB62AhDLxdC2

Landmark : Uptown, Primadona, Kedai Ustaz, Genius Aulad, Tupperware

----------------------------------
TENTATIF KURSUS TAHU TAJWID

08.00 pagi
Pendaftaran 0900 Pengenalan Al-Quran – Keistimewaan, Bagaimana wahyu diturunkan,Sejarah penurunan Al-Quran, Penulisan Al-Quran, Kelebihan membaca AL-Quran, Adab-adab membaca, hukum membaca Al-Quran, Qiraat

10.00 pagi
Pengenalan kepada Ilmu Tajwid – Definisi Tajwid, Hukum, Kelebihan mempelajari ilmu tajwid, Hukum dan Dalil, Makhraj dan Sifat Huruf Hija’iyyah – Bibir, Lidah, Kerongkong, Rongga, Pangkal hidung, Sifat nipis dan tebal Hukum Mad – Pengenalan, Huruf Mad, Jenis Mad

12.00 tengah hari
Rehat | Makan tengah hari (tidak disediakan) | Solat Zohor

02.00 petang      
Hukum Nun Mati dan Tanwin – Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa’ Hukum Mim Mati – Idgham, Ikhfa dan Izhar syafawi, Qalqalah, Cara berhenti dan memulakan bacaan, Bacaan yang asing dalam Al-Quran – Qiraat ‘Asim

04.00 petang
Bersurai

-----------------------
YURAN KURSUS TAHU TAJWID

RM 30 seorang

----------------------
DISEDIAKAN

> Buku Nota Tahu Tajwid

TIDAK DISEDIAKAN
> Makanan
> Sijil

-----------------------
PENDAFTARAN

SIla taip TT <Nama Penuh Anda> dan WhatsApp ke
0187892252

--------------------
PEMBAYARAN

Yuran program perlu dibayar sehari sebelum program dan sila hantarkan maklumat pembayaran ke 0187892252

162759050244 Maybank - Hilmi Haniz Muhammad

(Sila Simpan RESIT PEMBAYARAN Sebagai Bukti Pembayaran Anda)

----------------------------------------------
PENDAFTARAN SECARA ONLINE :

http://goo.gl/forms/VeOUX0pyu9

------------------------------------------------------
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi 018 – 789 2252

Sekian terima kasih

#kursus #tajwid #dewasa #oktober #akademi #alif

No comments:

Post a Comment