MAKLUMAN TERKINI


> Pendaftaran kelas Al-Quran dibuka untuk semua peringkat umur

> Sewa Tempat Seminar/Training > RM 30/jam

Sila hubungi 018-789 2252 (Ustaz Hilmi)

Sunday, 28 February 2016

Program Cuti Sekolah Mac 2016 - I Love Quran



Pengenalan
^^^^^^^
            Mari kita lihat kepada tangan anak-anak kita. Pada zaman ini apakah benda yang sentiasa dipegang mereka? Ya betul, gajet seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Bilakah masa kita melihat memegang Al-Quran dan membacanya. Jika mereka baca, adakah bacaan mereka itu betul mengikut hukum tajwid seperti panjang dan pendek. Mengikut kajian yang dijalankan, masih ramai kanak-kanak dan remaja  yang tidak mahir dan tidak tahu membaca Al Quran.

             Dalam program I Love Quran, para peserta akan didedahkan tentang ilmu berkaitan Al-Quran yang perlu diketahui dan diamalkan. Aktiviti praktikal juga akan dijalankan supaya pelajar lebih memahami ilmu yang disampaikan.

            Pada akhir program ini, peserta akan mengetahui, memahami dan akan mengamalkan, menyintai Al-Quran, lebih suka untuk membaca Al-Quran, menghormati dan menghargai Al-Quran, lebih berdisiplin dan boleh berdikari.

Maklumat Program
^^^^^^^^^^^^


  • Nama program : I Love Quran
  • Tarikh : 20 Mac 2016 (kanak-kanak) 
  • Hari                : Ahad
  • Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
  • Tempat          : Akademi Alif, Kota Damansara 
  • Peta              : https://goo.gl/maps/kLjYjo2fZ1k 
  • Yuran : RM 50 - seorang  |   RM 130 – 3 orang


Objektif Program
^^^^^^^^^^^
a.   Mengenali dan memahami kepentingan dan kelebihan membaca Al-Quran
b.   Mengasihi Al-Quran dan bertambah minta untuk membacanya
c.   Membaca dengan tajwid yang betul dan sempurna makhrajnya.
d.   Mengetahui kesilapan dalam bacaan Al-Quran
e.   Menjadi seorang muslim yang berakhlak mulia dan berdisiplin
f.   Memupuk semangat setia kawan sesama peserta
g.   Menanam sifat-sifat kepimpinan dalam diri peserta

Modul I Love Quran
^^^^^^^^^^^^^
a.   Ajaibnya Al-Quran - Pengenalan dan kelebihan Al-Quran
b.   Tahu Tajwid - Ilmu tajwid dan Makhraj
c.   Mad Mudah - Hukum-hukum Mad
d.   Senangnya Sukun - Hukum Nun dan Min Mati
e.   Tanbihun - Perkara penting dalam bacaan Al-Quran
f.    Motivasi Minat Membaca Al Quran
h.   Aktiviti dan permainan Al-Furqan


Tentatif Program ILQ
^^^^^^^^^^^^^
08.00 am Pendaftaran peserta
08.30       Ice breaker – Kenali Kawanku
09.00       Modul 1 – Ajaibnya Al-Quran
10.00       Minum pagi
10.15       Modul 2 – Tahu Tajwid
11.15 Modul 3 - Mad Mudah
12.30 pm Makan tengah hari
01.30       Solat Zohor berjemaah
02.00       Modul 4 – Senangnya Sukun
03.00       Modul 5 - Tanbihun
03.30       Modul 6 – Motivasi Baca Quran
04.00       Permainan Al-Furqan
04.30       Minum petang | Solat Asar berjemaah | Penyampaian Sijil
05.30       Bersurai


Yuran Program  ILQ
^^^^^^^^^^^^
RM 50 seorang
RM 130 (3 orang)

Yuran adalah meliputi :
i.    Buku Nota ILQ
ii.   Sijil penyertaan
iii.  Makan 3 kali
iv.  Modul dan trainer program
v.   Pengurusan program

Pendaftaran
^^^^^^^^
Sila isikan borang di bawah

Peserta kanak-kanak (7 – 13 tahun) > http://goo.gl/forms/c7rl7iiFQq

Pembayaran Yuran
^^^^^^^^^^^^
Maybank - 162759050244 - Hilmi Haniz Muhammad

*   Sila jelaskan yuran program ke akaun Hantarkan bukti pembayaran melalui whatsapp/email - 0187892252 / akademialif@gmail.com

Maklumat Lanjut
^^^^^^^^^^^
Sila hubungi 018 – 789 2252 atau
Layari www.akademialif.com

Sila kongsikan info ini bersama ahli keluarga dan sahabat andai. Terima kasih di atas perkongsian anda.

#program #cuti #sekolah #mac #selangor #menarik #murah #manfaat #tajwid #alquran #quran #kanakkanak #sekolah #rendah

Thursday, 4 February 2016

Kursus Tahu Tajwid untuk Dewasa

Membaca Al Quran adalah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah penting.

Banyak hadith yang menceritakan kepada kita tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antaranya ialah :
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ 
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya:

“Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”.

Dengan sebab inilah, Akademi Alif akan menganjurkan Kursus Sehari Tahu Tajwid untuk orang dewasa yang berminat untuk mendalami asas ilmu tajwid Al-Quran

Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hilmi Haniz Muhammad merupakan guru Al-Quran berpengalaman dan bertauliah.

Berikut adalah maklumat kursus :
===========================

TARIKH : 28 Februari 2016, Ahad

MASA : 8.00 pagi – 4.30 petang

TEMPAT : Akademi Alif, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

DISEDIAKAN : Buku Nota Tahu Tajwid

SIAPA YANG PERLU HADIR ?
=======================
Golongan dewasa yang ingin mendalami asas ilmu tajwid secara mudah dalam masa yang singkat


KELEBIHAN KURSUS TAHU TAJWID
============================
1.     Yuran yang murah, RM 30 sahaja
2.     Teknik mudah dalam memahami hukum tajwid
3.     Tidak perlu hafal nama-nama hukum tajwid
4.     Tempoh yang singkat iaitu sehari sahaja
5.     Bilangan maksimum peserta hanya terhad 50 orang sahaja
6.     Ustaz yang berpengalaman selama 6 tahun
7.     Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS
8.     Nota ditulis sendiri oleh ustaz
9.     Belajar dan praktikal bersama-sama

OBJEKTIF KURSUS TAHU TAJWID
==========================
1.     Peserta dapat mengetahui tentang kewajipan bacaan Al-Quran dengan bertajwid
2.     Peserta dapat memahami hukum-hakam bacaan Al-Quran
3.     Peserta dapat mengenali teknik mudah memahami hukum bacaan
4.     Peserta dapat membezakan makhraj dan sifat huruf-huruf hijai’yyah
5.     Peserta dapat mengetahui cara memulakan dan menghentikan bacaan
6.     Peserta dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam bacaan
7.     Peserta dapat mengenali bacaan-bacaan yang asing dalam Al-Quran


LOKASI KURSUS
=============

Akademi Alif
No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor,
(The Core SunSuria) 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Google map : https://goo.gl/maps/pB62AhDLxdC2
Landmark : Uptown, Primadona, Kedai Ustaz, Genius Aulad, Tupperware

TENTATIF KURSUS TAHU TAJWID 
==========================
0800 pagi        Pendaftaran
0900                Pengenalan Al-Quran – Keistimewaan, Bagaimana wahyu diturunkan,Sejarah penurunan Al-Quran, Penulisan Al-Quran, Kelebihan membaca AL-Quran, Adab-adab membaca, hukum membaca Al-Quran, Qiraat
1000                Pengenalan kepada Ilmu Tajwid – Definisi Tajwid, Hukum, Kelebihan mempelajari ilmu tajwid, Hukum dan Dalil,
                        Makhraj dan Sifat Huruf Hija’iyyah – Bibir, Lidah, Kerongkong, Rongga, Pangkal hidung, Sifat nipis dan tebal
Hukum Mad – Pengenalan, Huruf Mad, Jenis Mad
1200                Rehat | Makan tengah hari (tidak disediakan) | Solat Zohor
0200                Hukum Nun Mati dan Tanwin – Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa’
Hukum Mim Mati – Idgham, Ikhfa dan Izhar syafawi
Qalqalah
Waqaf dan Ibtida’
Bacaan yang asing dalam Al-Quran – Qiraat ‘Asim
0430                Bersurai

YURAN KURSUS TAHU TAJWID
========================

RM 30 sahaja untuk seorang

DISEDIAKAN
=========
> Buku Nota Tahu Tajwid



TIDAK DISEDIAKAN
===============
> Makanan
> Sijil
PENDAFTARAN
============

Sila isikan borang online di sini > http://goo.gl/forms/ov5zpKLvW6
PEMBAYARAN
===========

Yuran kursus dibayar semasa kursus nanti. Pastikan bawa wang yang cukup (RM30 sahaja)

#belajar #bengkel #kursus #tajwid #dewasa #februari #akademi #alif #selangor

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT  
===============================

Sila hubungi 018 – 789 2252

Mohon disebarkan info ini :)


Sekian terima kasih