MAKLUMAN TERKINI

> I Love Solat di Surau Nurul Iman, Apt Subang Suria - 10 & 11 Dis 2017

> Pendaftaran kelas Al-Quran dibuka untuk semua peringkat umur.

> Promosi 2017 - Sewa Bilik Seminar Serendah RM 25/jam

Sila hubungi 018-789 2252

Thursday, 4 February 2016

Kursus Tahu Tajwid untuk Dewasa

Membaca Al Quran adalah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah penting.

Banyak hadith yang menceritakan kepada kita tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antaranya ialah :
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ 
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya:

“Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”.

Dengan sebab inilah, Akademi Alif akan menganjurkan Kursus Sehari Tahu Tajwid untuk orang dewasa yang berminat untuk mendalami asas ilmu tajwid Al-Quran

Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hilmi Haniz Muhammad merupakan guru Al-Quran berpengalaman dan bertauliah.

Berikut adalah maklumat kursus :
===========================

TARIKH : 28 Februari 2016, Ahad

MASA : 8.00 pagi – 4.30 petang

TEMPAT : Akademi Alif, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

DISEDIAKAN : Buku Nota Tahu Tajwid

SIAPA YANG PERLU HADIR ?
=======================
Golongan dewasa yang ingin mendalami asas ilmu tajwid secara mudah dalam masa yang singkat


KELEBIHAN KURSUS TAHU TAJWID
============================
1.     Yuran yang murah, RM 30 sahaja
2.     Teknik mudah dalam memahami hukum tajwid
3.     Tidak perlu hafal nama-nama hukum tajwid
4.     Tempoh yang singkat iaitu sehari sahaja
5.     Bilangan maksimum peserta hanya terhad 50 orang sahaja
6.     Ustaz yang berpengalaman selama 6 tahun
7.     Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS
8.     Nota ditulis sendiri oleh ustaz
9.     Belajar dan praktikal bersama-sama

OBJEKTIF KURSUS TAHU TAJWID
==========================
1.     Peserta dapat mengetahui tentang kewajipan bacaan Al-Quran dengan bertajwid
2.     Peserta dapat memahami hukum-hakam bacaan Al-Quran
3.     Peserta dapat mengenali teknik mudah memahami hukum bacaan
4.     Peserta dapat membezakan makhraj dan sifat huruf-huruf hijai’yyah
5.     Peserta dapat mengetahui cara memulakan dan menghentikan bacaan
6.     Peserta dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam bacaan
7.     Peserta dapat mengenali bacaan-bacaan yang asing dalam Al-Quran


LOKASI KURSUS
=============

Akademi Alif
No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor,
(The Core SunSuria) 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Google map : https://goo.gl/maps/pB62AhDLxdC2
Landmark : Uptown, Primadona, Kedai Ustaz, Genius Aulad, Tupperware

TENTATIF KURSUS TAHU TAJWID 
==========================
0800 pagi        Pendaftaran
0900                Pengenalan Al-Quran – Keistimewaan, Bagaimana wahyu diturunkan,Sejarah penurunan Al-Quran, Penulisan Al-Quran, Kelebihan membaca AL-Quran, Adab-adab membaca, hukum membaca Al-Quran, Qiraat
1000                Pengenalan kepada Ilmu Tajwid – Definisi Tajwid, Hukum, Kelebihan mempelajari ilmu tajwid, Hukum dan Dalil,
                        Makhraj dan Sifat Huruf Hija’iyyah – Bibir, Lidah, Kerongkong, Rongga, Pangkal hidung, Sifat nipis dan tebal
Hukum Mad – Pengenalan, Huruf Mad, Jenis Mad
1200                Rehat | Makan tengah hari (tidak disediakan) | Solat Zohor
0200                Hukum Nun Mati dan Tanwin – Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa’
Hukum Mim Mati – Idgham, Ikhfa dan Izhar syafawi
Qalqalah
Waqaf dan Ibtida’
Bacaan yang asing dalam Al-Quran – Qiraat ‘Asim
0430                Bersurai

YURAN KURSUS TAHU TAJWID
========================

RM 30 sahaja untuk seorang

DISEDIAKAN
=========
> Buku Nota Tahu Tajwid



TIDAK DISEDIAKAN
===============
> Makanan
> Sijil
PENDAFTARAN
============

Sila isikan borang online di sini > http://goo.gl/forms/ov5zpKLvW6
PEMBAYARAN
===========

Yuran kursus dibayar semasa kursus nanti. Pastikan bawa wang yang cukup (RM30 sahaja)

#belajar #bengkel #kursus #tajwid #dewasa #februari #akademi #alif #selangor

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT  
===============================

Sila hubungi 018 – 789 2252

Mohon disebarkan info ini :)


Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment