MAKLUMAN TERKINI


> Pendaftaran kelas Al-Quran dibuka untuk semua peringkat umur

> Sewa Tempat Seminar/Training > RM 30/jam

Sila hubungi 018-789 2252 (Ustaz Hilmi)

Thursday, 24 March 2016

Kursus Faham Faraidh kaedah Fajar



  • Tarikh          : 17 April 2016
  • Hari             : Ahad
  • Masa            : 8.00 pagi – 4.00 petang
  • Tempat        : Akademi Alif
  • Yuran          : RM 30 sahaja
  • Pembentang : Ustaz Hilmi Haniz, Penulis buku Fajar Faraid
Pengenalan
Ilmu warisan Islam atau faraidh merupakan satu ilmu yang sangat penting bagi umat Islam sehinggakan dijelaskan secara terperinci di dalam Al-Quran dalam surah an-Nisaa’. Begitu juga saranan daripada Baginda SAW kepada kita untuk mempelajarinya dan mengajarkannya kepada orang lain.

Disebabkan masih ramai dikalangan umat Islam yang tidak mengetahui ilmu faraidh atau kurang kefahaman mengenainya maka Akademi Alif akan menganjurkan kursus sehari berkenaan ilmu faraidh.

Objektif Kursus Faham Faraidh
1. Menyebarkan pengetahuan tentang ilmu Faraid.
2. Memberi kefahaman mengenai pembahagian harta secara adil menurut syariat Islam.
3. Memudahkan kefahaman dan mengingati ilmu Faraidh dengan teknik Fajar
4. Meningkatkan keyakinan diri dan kesedaran terhadap penting ilmu faraid dalam masyarakat Islam
5. Mempertingkat kemahiran dalam pemahaman dan pengiraan dalam ilmu faraid

Kandungan Kursus
1. Pengenalan ilmu Faraidh
2. Kepentingan dan keistimewaan ilmu faraidh
3. Kepentingan mempelajarinya
4. Harta peninggalan
5. Perkara yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian warisan
6. Sebab-sebab mendapat warisan
7. Rukun-rukun faraidh
8. Syarat-syarat faraidh
9. Mereka yang ditegah mendapat harta warisan
10.Ahli waris yang berhak - Kaedah Fajar
11.Latihan Melukis Peta Minda Fajar
12.Ahli waris fardhu - Kaedah Fajar
13.Ahli waris ‘asobah - Kaedah Fajar
14.Penghalangan - Kaedah Fajar
15.Jadual pemahaman
16.Pengenalan Pengiraan
17.Pengiraan ahli Fardhu
18.Pengiraan ahli 'Asobah

Disediakan :
  1. Buku Nota
  2. Sijil penyertaan
  3. Minum pagi
Tidak disediakan :
 Makanan tengah hari

Pendaftaran Kursus FF

Sila isikan borang pada link ini > http://goo.gl/forms/EnMIwWTqdP


Maklumat lanjut hubungi

018 – 789 2252

www.akademialif.com

Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya

Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira

Program Mambaca Al-Quran 1 Juzuk 1 Hari dan 1 Helai 1 Hari



Program Bacaan Al-Quran 1 Juz 1 Hari / 1 Helai 1 Hari

Assalamu'alaikum wrt..
Dalam usaha membantu masyarakat menyemarakkan ibadah membaca Al Quran, Akademi Alif akan menganjurkan program tersebut secara percuma melalui group whatsapp.
Alhamdulillah 1J1H sesi ke-6 telah tamat. InsyaAllah sesi seterusnya pada awal bulan April (muslimat) 28 Mac (Muslimin). Bagi program 1H1H ia adalah pertama kali diadakan. InsyaAllah akan bermula pada awal April.

SYARAT
Syarat penting penyertaan adalah anda boleh membaca dengan bertajwid. Jika tidak sila berguru dahulu dengan ustaz yang mahir al Quran

CARA
Cara program ini berjalan ialah peserta akan dikumpulkan dalam group masing-masing. Muslimin dan Muslimat group berasingan. Setiap hari admin group akan update juzuk/muka surat yang perlu dibaca. Apabila peserta telah habis bacaan, mereka akan update di dalam group tersebut

PENDAFTARAN
Pendaftaran bagi program ini sila taip

1J1H Tn/Pn /Cik <Nama Anda >
(bagi Program 1 Juzuk 1 hari)
Atau
1H1H Tn/Pn /Cik <Nama Anda >
(bagi Program 1 Helai 1 hari)

WhatsApp ke 0187892252

Sila kongsikan kepada yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya. Jazakumullahu khairan kathira