MAKLUMAN TERKINI

> Bengkel Asas Faham Faraidh > 17 Sept 2017

> Bengkel Lanjutan Faham Faraidh II > 29 Oktober 2017

> Pendaftaran kelas Al-Quran dibuka untuk semua peringkat umur.

> Promosi 2017 - Sewa Bilik Seminar Serendah RM 25/jam

Sila hubungi 018-789 2252

Thursday, 24 March 2016

Program Mambaca Al-Quran 1 Juzuk 1 Hari dan 1 Helai 1 Hari



Program Bacaan Al-Quran 1 Juz 1 Hari / 1 Helai 1 Hari

Assalamu'alaikum wrt..
Dalam usaha membantu masyarakat menyemarakkan ibadah membaca Al Quran, Akademi Alif akan menganjurkan program tersebut secara percuma melalui group whatsapp.
Alhamdulillah 1J1H sesi ke-6 telah tamat. InsyaAllah sesi seterusnya pada awal bulan April (muslimat) 28 Mac (Muslimin). Bagi program 1H1H ia adalah pertama kali diadakan. InsyaAllah akan bermula pada awal April.

SYARAT
Syarat penting penyertaan adalah anda boleh membaca dengan bertajwid. Jika tidak sila berguru dahulu dengan ustaz yang mahir al Quran

CARA
Cara program ini berjalan ialah peserta akan dikumpulkan dalam group masing-masing. Muslimin dan Muslimat group berasingan. Setiap hari admin group akan update juzuk/muka surat yang perlu dibaca. Apabila peserta telah habis bacaan, mereka akan update di dalam group tersebut

PENDAFTARAN
Pendaftaran bagi program ini sila taip

1J1H Tn/Pn /Cik <Nama Anda >
(bagi Program 1 Juzuk 1 hari)
Atau
1H1H Tn/Pn /Cik <Nama Anda >
(bagi Program 1 Helai 1 hari)

WhatsApp ke 0187892252

Sila kongsikan kepada yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya. Jazakumullahu khairan kathira

No comments:

Post a Comment