MAKLUMAN TERKINI

> I Love Solat di Surau Nurul Iman, Apt Subang Suria - 10 & 11 Dis 2017

> Pendaftaran kelas Al-Quran dibuka untuk semua peringkat umur.

> Promosi 2017 - Sewa Bilik Seminar Serendah RM 25/jam

Sila hubungi 018-789 2252

Saturday, 26 November 2016

PROGRAM CUTI SEKOLAH DISEMBER 2016






PROGRAM CUTI SEKOLAH DIS 2016

RM 50 sahaja 


  1. TARIKH            :    18 – 22 Disember 2016
  2. HARI                :     Ahad - Khamis
  3. TEMPOH         :     1 - 5 hari (boleh pilih)
  4. MASA              :     8.30 pagi - 4.00 petang
  5. TEMPAT          :     Akademi Alif, Petaling Jaya
  6. PESERTA        :    7 tahun sehingga 12 tahun
  7. BILANGAN      :    Terhad kepada 60 penyertaan sahaja
  8. DISEDIAKAN   :    Sijil, buku nota dan makanan disediakan
  9. YURAN            :    RM 50 (1 hari/seorang) sehinggan  RM RM 200 (5 hari/seorang) | RM 570 (3 orang) - jimat RM 30


PENDAHULUAN
###########

     Cuti sekolah kian menghampiri. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita akan menolong anak-anak kita dengan memanfaatkan masa mereka yang terluang. Kita tidak mahu mereka melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang mempunyai pelbagai cabaran dan ujian.

      Oleh itu, sempena cuti sekolah pada bulan Disember 2016 nanti, Akademi Alif dengan sukacitanya menawarkan program yang sangat bermanfaat iatu Program Kuasa 5. Kuasa 5 adalah himpunan 5 slot iaitu Iman, Solat, Akhlak, Al-Quran dan Rasulullah SAW. Terdapat 21 modul keseluruhannya disamping aktiviti-aktiviti yang menarik buat peserta.

      InsyaAllah, di akhir program nanti, diharap peserta akan dapat mengamalkan apa yang telah dipelajari. Mereka juga akan melaksanakannya dengan penuh kecintaan,kesungguhan, keikhlasan dan ketaqwaan. Sehingga akhirnya dibalas dengan Syurga yang kekal abadi.

OBJEKTIF PROGRAM KUASA 5
########################

a. Mengenali, memahami dan meyakini rukun Iman.
b. Memperbaiki dan mencantikkan ibadat solat yang dilaksanakan.
c. Mengetahui sehingga mengasihi kekasih kita, Rasulullah SAW.
d. Menanam dan mengamalkan sifat-sifat dan akhlak terpuji.
e. Menguasai dan mempraktikkan hukum-hukum bacaan Al-Quran.
f. Memupuk sifat kepimpinan dan bekerjasama dalam diri peserta.
g. Membentuk akhlak mulia bersama keluarga, sahabat dan masyarakat.


KELEBIHAN PROGRAM K5
#################

a. Konsultan yang berpengalaman
b. Modul yang sangat bermanfaat 
c. Aktiviti-aktiviti yang menarik
d. Yuran yang berpatutan


MODUL - MODUL K5
#############

Slot Iman
Modul 1 – Percaya kepada Allah 
Modul 2 – Percaya kepada Malaikat, Kitab dan Rasul
Modul 3 – Percaya kepada Kiamat dan Qada` Qadar
Modul 4 –  Perkara yang membatalkan Iman

Slot Solat
Modul 1 – Pengenalan solat, Wudhu dan Tayamum
Modul 2 – Praktikal wuduk dan tayamum
Modul 3 – Adab, Syarat, Rukun Solat, Sunat, Perkara membatalkan solat
Modul 4 –  Praktikal Solat

Slot Akhlak
Modul 1 – Adab belajar dan guru
Modul 2 – Adab dengan ibu bapa dan kawan
Modul 3 – Sifat mazmumah
Modul 4 –  Sifat mahmudah

Slot Al-Quran
Modul 1 -  Ajaibnya Al-Quran  - Pengenalan dan kelebihan Al-Quran
Modul 2 -  Tahu Tajwid            - Ilmu tajwid dan Makhraj
Modul 3 -  Mad Mudah             – Hukum-hukum Mad
Modul 4 -  Senangnya Sukun     - Hukum Nun dan Min Mati
Modul 5 -  Tanbihun                  - Perkara penting dalam bacaan Al-Quran

Slot Rasulullah SAW
Modul 1 – Rasulullah SAW Idolaku
Modul 2 – Personaliti Anggun
Modul 3 – Kembali kepada Sunnah
Modul 4 – Kenali Cintaku


PENGGERAK PROGRAM K5
#################

Pihak akademi akan menyediakan penggerak program seperti berikut :
a. Pengurus program yang cekap
b. Tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman
c. Fasilitator yang peramah

DI ANTARA TENAGA PENGAJAR 
########################

a. Ustaz Hilmi Haniz b Muhammad. 

Beliau berpengalaman selama 7 tahun dalam pendidikan dan latihan Islami dan Al-Quran, mempunyai sanad Al-Quran melalui Syeikh Said, Kaherah, Mesir, mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Latar belakang pendidikan ialah Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pengarang buku Fajar Faraidh. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan Asia Pacific Smart School. Berpengalaman luas dalam bidang latihan islamik.

b. Ustaz Mohd Rahmat b Ahmad Bukhari 

Berkelulusan Diploma Pengajian Islam Syariah dan Perundangan (KUIS), dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Syariah (UM, Malaysia). Sekarang berkhidmat sebagai guru Sekolah Rendah Agama Bukit Unggul, Selangor dari 2011 hingga kini. Di samping berkecimpung dalam dunia pendidikan, beliau juga aktif menyampaikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah, ceramah fardu 'ain di masjid di sekitar Sg. Buloh , Kota Damansara, Bukit Mutiara Damansara, Sg. Plong dan di sekitar Selangor serta mempunyai tauliah mengajar daripada JAIS. Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kem. Beliau mempunyai konsultan sendiri yang bernama T3 Management.

c. Ustaz Mohamed Hafiz b Mohamed Yusof

Seorang yang ceria, aktif dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kem motivasi dan kem ibadah. Pernah mengendalikan beberapa kem ibadah bersama dengan syarikat Radiant Retreat di Janda Baik. Merupakan guru agama di sebuah sekolah swasta terkemuka, Beliau berkelulusan ijazah Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Bahasa Arab dan kesusasteraan.

d. Ustaz Mohd Zakaria b Ahmad

Beliau bertugas sebagai seorang guru di sekolah Islam swasta di Melaka. Merupakan seorang yang positif dan sangat berpengalaman dalam mengendalikan program dan aktiviti. Pernah menjadi pengarah dan fasilitator bagi program motivasi, keagamaan dan kepimpinan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu.

e. Muhammad Sofwan Bin Harizan

Merupakan seorang guru di salah satu sekolah swasta di Kota Damansara. Seorang yang sentiasa ceria dan bersemangat dalam menyampaikan ilmu. Beliau berpendidikan dari Pondok Pesantren Darul Lughah Wad Da'wah, Indonesia. Beliau juga merupakan seorang penceramah yang memberikan kuliah di surau sekitar Kota Damansara. Beliau mempunayi tauliyah mengajar dan berceramah daripada MAIS

f. Ustaz Mohammad Abu Qatadah Bin Ismail

Beliau yang berumur 32 tahun, berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Sastera dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau sangat minat dengan aktiviti rekreasi. Pengalaman beliau ialah menghadiri perkhemahan OBS Sabah, OBS Lumut, perkemahan gabungan badan beruniform APSS, di Lata Charok, Janda Baik.


TENTATIF PROGRAM K5
###############

HARI PERTAMA - AHAD 18/12/2016

SLOT IMAN

08.30 pg   Pendaftaran
09.00        Ice breaking dan sesi bergambar
09.45        Modul 1 – Percaya kepada Allah | Aktiviti
10.45        Minum pagi
11.00        Modul 2 – Percaya kepada Malaikat, Kitab dan Rasul | Aktiviti
12.30 tgh  Makan tengah hari | Solat Zohor berjemaah
02.00        Modul 3 – Percaya kepada Kiamat, Qada`Qadar | Aktiviti
03.00        Modul 4 –  Perkara yang membatalkan Iman | Aktiviti 
04.15        Minum petang
04.30        Bersurai

HARI KEDUA – ISNIN 19/12/2016

SLOT AKHLAK

08.30 pg   Modul 1 – Adab belajar dan guru | Aktiviti
10.45        Minum pagi
11.00        Modul 2 – Adab dengan ibu bapa dan kawan | Aktiviti
01.30 ptg  Solat Zohor berjemaah
02.00        Modul 3 – Sifat mazmumah | Aktiviti
03.00        Modul 4 –  Sifat mahmudah | Aktiviti
04.00  Minum petang
04.30        Bersurai

HARI KETIGA – SELASA 20/12/2016

SLOT SOLAT

08.30 pg    Modul 1 – Pengenalan solat, Wudhu dan Tayamum | Aktiviti
10.30   Minum pagi
10.45  Modul 2 – Praktikal wuduk dan tayamum
12.30 tgh  Makan tengah hari | Solat Zohor
01.45 ptg  Modul 3 - Adab, Syarat, Rukun Solat, Sunat, Perkara membatalkan solat | Aktiviti
03.00        Modul 4 –  Praktikal Solat
04.00        Minum petang
04.30  Bersurai

HARI KEEMPAT – RABU 21/12/2016

SLOT AL-QURAN

08.30 pg   Modul 1 – Ajaibnya Al-Quran | Aktiviti
10.00        Minum pagi
10.15        Modul 2 – Tahu Tajwid | Aktiviti
11.15  Modul 3 - Mad Mudah | Aktiviti
12.30 pm  Makan tengah hari | Solat Zohor berjemaah
02.00        Modul 4 – Senangnya Sukun| Aktiviti
03.00        Modul 5 – Tanbihun | Aktiviti
04.00  Minum petang
04.30        Bersurai

HARI KELIMA - KHAMIS 22/12/2016

SLOT RASULULLAH SAW

08.30 pg   Modul 1 – Rasulullah SAW Idolaku | Aktiviti
10.45        Minum pagi
11.00        Modul 2 – Personaliti Anggun | Aktiviti
12.30 tgh  Makan tengah hari | Solat Zohor berjemaah
02.00        Modul 3 – Kembali kepada Sunnah | Aktiviti
03.00        Modul 4 – Kenali Cintaku | Aktiviti
04.00        Penyampaian sijil | Minum petang 
04.30        Bersurai


YURAN PROGRAM 
#############

  •   1 hari (RM50 seorang) 
  •   2 hari (RM100 seorang)
  •   3 hari (RM150 seorang)
  •   4 hari (RM180 seorang) jimat RM30
  •   5 hari (RM 200 seorang) jimat RM50 | RM 570 (3 orang) - jimat RM 80


Yuran adalah meliputi : 
i. Modul Program
ii. Buku Nota Program
iii. Sijil penyertaan 
iv. Makan dan minum 3 kali sehari


PENDAFTARAN PROGRAM K5
##########

Sila isikan borang di bawah

http://bit.do/pendaftarankuasa5


PEMBAYARAN YURAN
#################

Sila jelaskan yuran program ke akaun 

Maybank - 162759050244 - Hilmi Haniz Muhammad (Pengurus Besar Akademi Alif)

Hantarkan maklumat pembayaran melalui whatsapp - 013 315 7649


MAKLUMAT LANJUT
###############

Sila hubungi 

013 315 7649  (Ustazah Siti) atau

018 789 2252 (Ustaz Hilmi) atau

layari www.akademialif.com

Sila kongsikan info ini bersama ahli keluarga dan sahabat andai. Terima kasih di atas perkongsian anda.

#program #cuti #sekolah #disember #selangor #menarik #murah #manfaat #kuasa #lima #pelajar #kanakkanak #sekolah #rendah

No comments:

Post a Comment