Kelas Belajar Al Quran Individu


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih kerana tuan dan cik puan sekalian ingin mengetahui tentang Kelas Pengajian Al-Quran di Akademi Alif

APA YANG MENARIK ?

Baiklah, di sini hanya menumpukan kelas secara individu (one to one).Itulah adalah fokus utama kami. Sebab apa? Sebab Al-Quran ini dibaca. Perlu ada guru untuk mendengar bacaan kita sama ada betul atau pun salah.

USIA NAK BELAJAR ?

Kami menerima semua perimgkat umur. Dewasa, remaja dan kanak-kanak.

MASA MENGAJI ?

Masanya adalah fleksibel. Boleh pilih pagi, petang atau malam. Boleh pilih hari apa. Boleh pilih kekerapan, sekali seminggu, 2 kali seminggu dan seterusnya.

TEMPOH MENGAJI ?

Boleh pilih tempoh belajar. 1 slot selama 20 minit, 40 minit atau 1 jam seorang

BILA SAYA BOLEH DATANG MENGAJI ?

Akademi dibuka pada hari Isnin sehingga Sabtu

Masanya dari pukul 10 pagi sehingga 7 malam (Isnin-Jumaat)
dan 8 pagi - 5 petang (Sabtu)


BILA SAYA BOLEH PANDAI ?

Di akademi, kami tidak meletakkan masa tertentu boleh pandai baca sebab setiap orang itu tidak sama. Ada yang cepat faham, ada yang perlahan dan sebagainya. Bagi kami, yang penting para pelajar boleh baca dengan betul dan tepat (tartil)

KEADAAN TEMPAT BELAJAR ?

InsyaAllah selesa. Ia berhawa dingin, berkarpet, ada kerusi dan meja, ada papan putih, kipas. Bagi menambahkan lagi keselesaan, pewangi Air Wick dilengkapkan di sini :)

BAGAIMANA SILIBUS PEMBELAJARAN ?

Mudah sahaja iaitu ada 2 silibus mengikut tahap bacaan pelajar.
Setiap pelajar baru  akan diuji secara lisan untuk mengetahui peringkat kemahiran membaca Al-Quran. 

 Tahap    Kemahiran                                      Silibus
    
     1        Tidak boleh  / mahir membaca      Buku Talaqqi
    
     2        Boleh membaca                             Al-Quran dan Tajwid




Buku Talaqqi

Buku ini telah ditulis oleh Ustaz Surul Shahbudin b Hassan, Pengerusi Kelas Bimbingan Rehal.

Buku ini memaparkan pembelajaran yang lengkap bagi peringkat asas Al-Quran yang melengkapi ciri-ciri berikut :

# sesuai untuk semua peringkat umur
# penekanan cara sebutan huruf yang betul
# penerapan hukum tajwid dalam praktikal bacaan
# disusun mengikut Resam Uthmani
# menurut riwayat Hafs 'an 'Asim

YURAN MENGAJI ?

1) Pendaftaran - PERCUMA !!

2) Buku Talaqqi - RM 15

3) Yuran bulanan :-

Seminggu                 Yuran Sebulan

1 kali (20 min)             RM 50
2 kali (40 min)             RM 100
3 kali (60 min)             RM 150
4 kali (80 min)             RM 200
5 kali (100 min)           RM 250

AKADEMI ALIF NI DI MANA ?

No 30-2 Jln Teknologi 3/6c Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor (The Core) - Bersebelahan dengan Uptown Kota Damansara




BAGAIMANA NAK DAFTAR ? 

Sila isikan borang pada link ini > https://goo.gl/forms/vX7PC4z2BSCt1Dos2

CARA NAK HUBUNGI ?

Nombornya  > 018 789 2252 | 013 488 9495 (Tel / SMS / WhatsApp)

Semoga info ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat kita semua

Terima kasih di atas perhatian tuan dan cik puan sekalian. PIhak kami amat menghargainya

Comments