MAKLUMAN TERKINI

> Bengkel Munasakhat Mudah - 29 Mei 2018

> Kursus Tanda Tajwid - Dewasa - 3 Jun 2018

> Bengkel Asas Faham Faraidh - 10 Jun 2018

> Pendaftaran kelas Al-Quran dibuka untuk semua peringkat umur

> Promosi 2018 - Sewa Bilik Seminar RM 30/jam

Sila hubungi 018-789 2252 (Ustaz Hilmi)

Thursday, 23 November 2017

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2017

(Program ILQ di Akademi Alif sebelum ini)

I LOVE QURAN

PENGENALAN
===========
Zaman ini penuh dengan cabaran. Terutama buat anak-anak kita. Kebanjiran gajet-gajet seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Masa banyak dihabiskan dengan bermain, bersosial dengan gajet tersebut. Mengikut kajian yang dijalankan, masih ramai kanak-kanak dan remaja  yang tidak mahir dan tidak tahu membaca Al Quran. 

Dalam program Tanda Tajwid, para peserta akan didedahkan tentang ilmu berkaitan Al-Quran yang perlu diketahui dan diamalkan. Aktiviti praktikal juga akan dijalankan supaya pelajar lebih memahami ilmu yang disampaikan.

Pada akhir program ini, peserta akan mengetahui, memahami dan akan mengamalkan, menyintai Al-Quran, lebih suka untuk membaca Al-Quran, menghormati dan menghargai Al-Quran, lebih berdisiplin dan boleh berdikari.

MAKLUMAT PROGRAM
==================
  1. Tarikh 1 : 24 Dis 2017, Ahad (Sek. Rendah) 
  2. Tarikh 2            : 25 Dis 2017, Isnin (Sek. Menengah)
  3. Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
  4. Tempat            : Akademi Alif, Kota Damansara 
  5. Yuran : RM 50 - seorang  |   RM 130 – 3 orang


KELEBIHAN PROGRAM ILQ
======================
1.     Yuran yang murah
2.     Teknik mudah dalam memahami hukum tajwid
3.     Tidak perlu hafal nama-nama hukum tajwid
4.     Tempoh yang singkat iaitu sehari sahaja
5.     Bilangan maksimum peserta hanya terhad 70 orang sahaja
6.     Ustaz yang berpengalaman selama 7 tahun
7.     Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS
8.     Nota ditulis sendiri oleh ustaz
9.     Belajar dan praktikal bersama-sama

OBJEKTIF PROGRAM ILQ
=====================
1.     Peserta dapat mengetahui tentang kewajipan bacaan Al-Quran dengan bertajwid
2.     Peserta dapat memahami hukum-hakam bacaan Al-Quran dengan mudah
3.     Peserta dapat mengenali teknik mudah memahami hukum bacaan
4.     Peserta dapat membezakan makhraj dan sifat huruf-huruf hijai’yyah
5.     Peserta dapat mengetahui cara memulakan dan menghentikan bacaan
6.     Peserta dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam bacaan
7.     Peserta dapat mengenali bacaan-bacaan yang asing dalam Al-Quran

TENTATIF PROGRAM ILQ
====================
08.30 pagi     
Pendaftaran

09.00             
Pengenalan Al-Quran – Keistimewaan | Sejarah penurunan Al-Quran, Penulisan Al-Quran | Qiraat | Sanad

09.30           
Pengenalan kepada Ilmu Tajwid – Definisi Tajwid | Hukum |  Kelebihan mempelajari ilmu tajwid | Tempat Keluar Huruf dan Cara Sebut (Senyum dan Kembung)

10.45
Baris 2 | Mati | Lantunan | Sabdu | Panjaaang | 2,4 dan 6 Harakat | Huruf tiada baris

01.00 tengah hari           
Rehat | Solat Zohor

02.00 petang           
Jelas dan Dengung| Lantunan | Senyum dan Kembung 2 | Tanda Berhenti | Cara Kenali Akhir Perkataan | Tempat Sesuai untuk Sambung | Cara Berhenti Bacaan | Alif Berudu | Baris 2 + Alif Berudu | Bacaan Istimewa

04.30             
Bersurai

YURAN PROGRAM  ILQ
================
RM 50 seorang
RM 130 (3 orang)

Yuran adalah meliputi :
i.    Buku Nota TT
ii.   Sijil penyertaan
iii.  Makan 3 kali
iv.  Modul dan trainer program
v.   Pengurusan program

PENDAFTARAN ILQ
================
Sila isikan borang melalui pautan di bawah


PEMBAYARAN YURAN
=================

CIMB - 8603025716 ( Alif Abadi Enterprise)

*   Sila jelaskan yuran program ke akaun Hantarkan bukti pembayaran melalui whatsapp/email - 013 488 9495 / akademialif@gmail.com

MAKLUMAT LANJUT
===============
Sila hubungi 013 488 9495 (Ustazah Syaza) atau 
Layari www.akademialif.com 

Sila kongsikan info ini bersama ahli keluarga dan sahabat andai. Terima kasih di atas perkongsian anda.

#program #cuti #sekolah #disember #selangor #menarik #murah #manfaat #tajwid #alquran #quran #kanakkanak #remaja #sekolah #rendah #menengah

No comments:

Post a Comment