Munasakhat Mudah

Bengkel Faraidh Khas !


Munasakhat Mudah dengan menggunakan Excel


  • Tarikh : 29 Mei 2018, Selasa
  • Masa : 8.00 pagi - 3.30 petang
  • Tempat : Akademi Alif, Petaling Jaya
  • Yuran : RM 40 sahaja

  • PENGENALAN

    Munasakhat ialah kematian berlapis, iaitu perpindahan bahagian pusaka ahli waris kepada ahli warisnya yang lain kerana harta pusaka tidak sempat dibahagikan

    Contohnya Zaid mati meninggalkan isteri dan dua anak lelaki. Sebelum sempat harta Zaid dibahagikan, isterinya mati meninggalkan dua anak lelaki tadi dan ibunya. Kemudian ibu si isteri pula meninggal dunia. 

    Masalah munasakhat merupakan suatu masalah yang perlu diambil perhatian yang memerlukan siasatan ahli waris yang terperinci serta melibatkan pengiraan yang panjang dan teliti.

    Kesilapan yang dilakukan sama ada dalam penentuan ahli waris atau pun semasa pengiraan dilakukan mengakibatakan pembahagian kepada ahli waris menjadi tidak tepat

    MASALAH

    Antara masalah yang berlaku semasa pengiraan ialah faktor masa. Ya, memang betul, untuk menyelesaikan kes munasakhat perlu mengambil masa yang agak lama. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kematian berlapis yang ramai ahli waris. Ditambah lagi dengan kaedah pengiraan secara manual, tulis di atas kertas.

    Oleh itu, dalam menyelesaikan masalah ini, pihak Akademi Alif akan mengadakan Bengkel Munasakhat Mudah dengan menggunakan Microsoft Excel

    Dalam bengkel ini peserta akan mempelajari dan mempraktikkan cara mengira masalah munasakhat dengan bantuan Microsoft Excel

    KEISTIMEWAAN

    Dengan Excel, pengiraan menjadi mudah dan cepat kerana :

    1. Jadual telah tersedia, cuma masukkan data sahaja
    2. Pengiraan secara langsung, tidak memerlukan kalkulator
    3. Penggunaan formula yang mudah, tidak perlu kira satu persatu
    4. Boleh buat pengiraan yang panjang, tidak memerlukan kerta yang banyak
    5. Boleh edit semula jika ada kesilapan
    SIAPA PERLU HADIR

    Mereka yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka

    LOKASI BENGKEL 


    Akademi Alif
    No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor,
    (The Core SunSuria) 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor


    Landmark : Uptown, Primadona, Kedai Ustaz, Genius Aulad, Tupperware


    TENTATIF BENGKEL

    8.00 pagi
    Pendaftaran peserta

    9.00 pagi
    Pengenalan Masalah Munasakhat 
    Pengenalan Jadual Microsoft Excel

    9.30 pagi
    Cara penyelesaian kes munasakhat

    10.30 pagi
    Latihan Munaskhat 1

    11.45 pagi
    Latihan Munaskhat 2

    01.00 petang
    Rehat | Solat Zohor

    02.00 petang
    Latihan Munaskhat 3

    03.15 - 03.30 petang
    Penutup | Penyampaian sijil

    DISEDIAKAN
    • Buku nota kerja
    • Sijil penyertaan

    PERHATIAN !

    Bengkel ini hanya buat mereka yang telah mahir asas-asas pengiraan faraidh sahaja

    Sila bawa laptop sendiri


    PENDAFTARAN

    Sila isikan borang di sini >



    PEMBAYARAN

    Sila jelaskan yuran program sebanyak RM 50 ke akaun

    Bank CIMB - 860 302 5716 ( Alif Abadi Enterprise)

    Hantarkan bukti pembayaran melalui whatsapp/email - 

    013 488 9495 (Ustazah Nur Syaza) / 

    akademialif@gmail.com

    #kursus #bengkel #seminar #faraid #faraidh #munasakhat

    Comments