Posts

Showing posts from February, 2015

Program I Love Quran

Image
Mengikut kajian, masih ramai pelajar yang tidak mahir dan tidak tahu membaca Al Quran. Walaupun membaca Al-Quran adalah sunat, namun wajib membacanya dengan bertajwid. Begitu juga rukun qauli, bacaan yang wajib dalam solat. Jika ditanya kepada mereka makhraj huruf, sifat huruf, hukum nun mati, mad, bacaan yang mengikut Imam ‘Asim, tentunya ramai yang tidak dapat menjawabnya.          Dalam program I Love Quran, para peserta akan didedahkan segala jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut serta pengetahuan berkaitan Al-Quran yang perlu diketahui dan diamalkan. Aktiviti praktikal juga akan dijalankan supaya pelajar lebih memahami ilmu yang disampaikan. Pada akhir kem ini, peserta akan mengetahui, memahami dan akan mengamalkan, lebih suka untuk membaca Al-Quran, menghormati dan menghargai orang di sekeliling mereka, lebih berdisiplin dan boleh berdikari. Objektif Program I Love Quran a. Mengenali dan memahami kepentingan dan kelebihan membaca Al-Q