Posts

Showing posts from February, 2016

Program Cuti Sekolah Mac 2016 - I Love Quran

Image
Pengenalan ^^^^^^^             Mari kita lihat kepada tangan anak-anak kita. Pada zaman ini apakah benda yang sentiasa dipegang mereka? Ya betul, gajet seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Bilakah masa kita melihat memegang Al-Quran dan membacanya. Jika mereka baca, adakah bacaan mereka itu betul mengikut hukum tajwid seperti panjang dan pendek. Mengikut kajian yang dijalankan, masih ramai kanak-kanak dan remaja  yang tidak mahir dan tidak tahu membaca Al Quran.              Dalam program I Love Quran, para peserta akan didedahkan tentang ilmu berkaitan Al-Quran yang perlu diketahui dan diamalkan. Aktiviti praktikal juga akan dijalankan supaya pelajar lebih memahami ilmu yang disampaikan.             Pada akhir program ini, peserta akan mengetahui, memahami dan akan mengamalkan, menyintai Al-Quran, lebih suka untuk membaca Al-Quran, menghormati dan menghargai Al-Quran, lebih berdisiplin dan boleh berdikari. Maklumat Program ^^^^^^^^^^^^ Nama program : I Love

Kursus Tahu Tajwid untuk Dewasa

Membaca Al Quran adalah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah penting. Banyak hadith yang menceritakan kepada kita tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antaranya ialah : خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ   “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya: “Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”. Dengan sebab inilah, Akademi Alif akan  menganjurkan Kursus Sehari Tahu Tajwid untuk orang dewasa yang berminat untuk mendalami asas ilmu tajwid Al-Quran Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hilmi Haniz Muhammad merupakan guru Al-Quran berpengalaman dan bertauliah. Berikut adalah maklumat kursus : =========================== TARIKH : 28 Februari 2016, Ahad MASA : 8.00 pagi – 4.