Posts

Showing posts from April, 2018

Munasakhat Mudah

Image
Bengkel Faraidh Khas ! Munasakhat Mudah dengan menggunakan Excel Tarikh : 29 Mei 2018, Selasa Masa : 8.00 pagi - 3.30 petang Tempat : Akademi Alif, Petaling Jaya Yuran : RM 40 sahaja PENGENALAN Munasakhat ialah kematian berlapis, iaitu perpindahan bahagian pusaka ahli waris kepada ahli warisnya yang lain kerana harta pusaka tidak sempat dibahagikan Contohnya Zaid mati meninggalkan isteri dan dua anak lelaki. Sebelum sempat harta Zaid dibahagikan, isterinya mati meninggalkan dua anak lelaki tadi dan ibunya. Kemudian ibu si isteri pula meninggal dunia.  Masalah munasakhat merupakan suatu masalah yang perlu diambil perhatian yang memerlukan siasatan ahli waris yang terperinci serta melibatkan pengiraan yang panjang dan teliti. Kesilapan yang dilakukan sama ada dalam penentuan ahli waris atau pun semasa pengiraan dilakukan mengakibatakan pembahagian kepada ahli waris menjadi tidak tepat MASALAH Antara masalah yang berlaku semasa pengiraan ialah faktor masa. Ya, me

Kursus Tanda Tajwid - Dewasa

Image
Membaca Al Quran adalah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah penting. Banyak hadith yang menceritakan kepada kita tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antaranya ialah : خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ  “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya: “Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”. InsyaAllah, Akademi Alif akan menganjurkan program Tanda Tajwid untuk golongan dewasa yang berminat untuk mendalami asas ilmu tajwid Al-Quran Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hilmi Haniz Muhammad merupakan guru Al-Quran berpengalaman dan bertauliah. Berikut adalah maklumat tentang program tersebut : =========================== TARIKH : 13 Mei 2018, Ahad MASA : 8.30 pagi –