MAKLUMAN TERKINI

> Bengkel Asas Faham Faraidh > 17 Sept 2017

> Bengkel Lanjutan Faham Faraidh II > 29 Oktober 2017

> Pendaftaran kelas Al-Quran dibuka untuk semua peringkat umur.

> Promosi 2017 - Sewa Bilik Seminar Serendah RM 25/jam

Sila hubungi 018-789 2252

Faraidh


Bengkel Ilmu Faraidh  selama 4 hari 

Pengenalan Bengkel Faraidh

Kebanyakkan kita tentunya mempunyai harta, samada banyak atau kecil. Rumah, tanah kereta dan wang ringgit sebagai contoh. Sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari daripada kematian. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma masa kematian kita itu disembunyika daripada pengetahuan kita.

Apabila kita telah meninggal dunia, kita meninggalkan 2 perkara dan membawa 1 perkara. Kita tinggalkan ahli keluarga kita dan harta kita. Manakala kita membawa bersama-sama kita ialah amalan kita.

Harta peninggalan atau harta pusaka akan diberikan kepada ahli keluarga kita. Maka timbullah beberapa persoalan. Bagaimanakah pembahagian dilakukan ? Pembahagian sama rata ?Siapakah yang berhak ? Berapakah bahagian-bahagian ? Bagaimana dengan hutang dan wasiat si mati? dan pelbagai lagi persoalan berkaitan denga harta pusaka ini.

Apabila persoalan-persoalan ini tidak dapat dijawab dengan tepat, maka lahirlah beberapa masalah seperti perebutan harta pusaka, pembahagian tertangguh, hutang tidak diselesaikan dan bermacam-macam lagi

Maka dengan kesedaran terhadap masalah ini, Akademi Alif ingin memberikan kesedaran, kefahaman dan bimbingan dalam perkara berkaitan dengan harta pusaka. Ianya supaya dapat menjawab segala persoalan berdasarkan sumber yang tepat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah seterusnya dapat mengatasi masalah-masalah berkenaan harta pusaka. InsyaAllah.

Objektif Bengkel Faraidh
  1. Memberikan kesedaran tentang ilmu faraidh adalah penting dalam menyelesaikan masalah harta pusaka
  2. Menguasai ilmu faraidh dengan dapat menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka
  3. Meaplikasikan ilmu faraidh dalam keluarga dan juga masyarakat
  4. Menyebarkan ilmu faraidh dan kepentingannya kepada semua lapisan masyarakat

Anda perlu hadir
  1. Individu yang berminat
  2. Para ustaz, penceramah dan pendakwah
  3. Para perunding kewangan, takaful, perunding harta pusaka
  4. Para peguam yang terlibat dengan harta pusaka
  5. Pegawai kerajaan yang terlibat dalam urusan harta pusaka
  6. Organisasi yang berminat
Maklumat Bengkel Faraidh
  1. Tarikh            : Belum ditetapkan (4 hari)
  2. Hari               : Setiap hari Ahad
  3. Masa              : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
  4. Tempat          : Akademi Alif, No 30-2, Jln Teknologi 3/6C, The Core, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya (di atas Kedai Laura Daddy's)
  5. Yuran            : RM 240 / RM 60 x 4 hari (ansuran)
  6. Bahan Kursus : Buku Fajar Faraidh (PERCUMA-berharga RM18), pen, buku nota dan fail
  7. Pendaftaran    : Hubungi Ustaz Hilmi 018-789 2252
  8. Sijil penyertaan bagi peserta yang berjaya menamatkan 4 hari kursus
Buku Fajar Faraidh (Percuma)


Silibus Bengkel Faraidh 

Hari Pertama (1/6/2014)
Pengenalan
  o Definisi ilmu faraidh
  o Sejarah pewarisan harta pusaka
  o Sahabat Nabi mahir Ilmu Faraidh
  o Hukum faraidh
  o Sumber hukum faraidh
  o Kepentingan dan keistimewaan ilmu faraidh
  o Kepentingan mempelajarinya
Harta peninggalan
Perkara yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian warisan
Sebab-sebab mendapat warisan
Rukun-rukun faraidh
Syarat-syarat faraidh
Mereka yang ditegah mendapat harta warisan
Ahli waris yang berhak (Kaedah Mawar Mawarith)
Latihan Melukis Peta Minda

Hari Kedua (8/6)
Ulangkaji pelajaran lepas
Ahli waris fardu dan latihan (Kaedah Mawar Mawarith)
Ahli waris ‘asobah dan latihan (Kaedah Mawar Mawarith)
Penghalangan dan latihan (Kaedah Mawar Mawarith)
Ahli waris Dzawil Arham (Kaedah Mawar Mawarith)
Jadual pemahaman
Latihan dan soal jawab

Hari Ketiga (15/6)
Pecahan
   o Pembilang dan penyebut
   o Operasi matematik
Jadual pengiraan
Pengiraan ahli Fardhu dan latihan
Pengiraan ahli 'Asobah dan latihan
  o 'Asobah dengan sendiri (العَصَبَة بِالنَّفْس )
  o 'Asobah dengan yang lain (العَصَبَة بِالغَيْر )
  o 'Asobah bersama yang lain (العَصَبَة مَعَ الغَيْر )
Pengiraan Dzawil Arham dan latihan
Masalah-masalah dalam pengiraan
  o Jumlah pembilang lebih besar daripada Asal Masalah (العَوْل)
  o Pengembalian bahagian kepada ahli waris ( الرَدّ )
  o Datuk bersama saudara ( الجَدُّ مَعَ الِإخْوَة )
  o Perpindahan ( المُنَاسَخَات )
  o Keluar daripada mengambil bahagian ( التَخَارُجُ مِنَ التِرْكَة )

Hari Keempat (22/6)
Masalah-masalah yang dikecualikan daripada pengiraan biasa.
  o Al-Gharrawiyatain 
  o Al-Musytarakah 
  o Al-Akdariah 
Ramalan dan penjagaan
  o Janin dalam kandungan 
  o Anak zina atau li'an 
  o Khunsa 
  o Orang yang hilang 
  o Orang ditawan musuh 
  o Kematian ahli-ahli waris bersama 
Latihan terakhir
Soal jawab
Penutup
Penyampaian sijil

Kaedah Mawar Mawarith
















Kaedah ini digunakan bagi memudahkan peserta mengingati ahli waris yang berhak, ahli fardhu dan pembahagiannya, ahli asobah dan pembahagiannya, penghalangan dan dzawil arham.

Sedutan Video Ahli Waris


Sila ke blog ini untuk maklumat tentang faraidh :) -> www.faraidh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment