Faraidh


Bengkel Faraidh  

Pengenalan

Kebanyakkan kita tentunya mempunyai harta, samada banyak atau kecil. Rumah, tanah kereta dan wang ringgit sebagai contoh. Sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari daripada kematian. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma masa kematian kita itu disembunyika daripada pengetahuan kita.

Apabila kita telah meninggal dunia, kita meninggalkan 2 perkara dan membawa 1 perkara. Kita tinggalkan ahli keluarga kita dan harta kita. Manakala kita membawa bersama-sama kita ialah amalan kita.

Harta peninggalan atau harta pusaka akan diberikan kepada ahli keluarga kita. Maka timbullah beberapa persoalan. Bagaimanakah pembahagian dilakukan ? Pembahagian sama rata ?Siapakah yang berhak ? Berapakah bahagian-bahagian ? Bagaimana dengan hutang dan wasiat si mati? dan pelbagai lagi persoalan berkaitan denga harta pusaka ini.

Apabila persoalan-persoalan ini tidak dapat dijawab dengan tepat, maka lahirlah beberapa masalah seperti perebutan harta pusaka, pembahagian tertangguh, hutang tidak diselesaikan dan bermacam-macam lagi

Maka dengan kesedaran terhadap masalah ini, Akademi Alif ingin memberikan kesedaran, kefahaman dan bimbingan dalam perkara berkaitan dengan harta pusaka. Ianya supaya dapat menjawab segala persoalan berdasarkan sumber yang tepat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah seterusnya dapat mengatasi masalah-masalah berkenaan harta pusaka. InsyaAllah.

Objektif Bengkel Faraidh
  1. Memberikan kesedaran tentang ilmu faraidh adalah penting dalam menyelesaikan masalah harta pusaka
  2. Menguasai ilmu faraidh dengan dapat menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka
  3. Meaplikasikan ilmu faraidh dalam keluarga dan juga masyarakat
  4. Menyebarkan ilmu faraidh dan kepentingannya kepada semua lapisan masyarakat
Jenis-jenis Bengkel

Terdapat 4 jenis bengkel faraidh iaitu :-
  1. Bengkel Asas Faham Faraidh
  2. Bengkel Pengiraan Faham Faraidh
  3. Bengkel Lanjutan Faham Faraidh
  4. Bengkel Munasakhat Mudah

Silibus Bengkel Faraidh 

Bengkel Asas Faham Faraidh


  1.  Pengenalan ilmu Faraidh
  2.  Kepentingan dan keistimewaan ilmu faraidh
  3.  Kepentingan mempelajarinya
  4.  Harta pusaka
  5.  Perkara yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian warisan
  6.  Sebab-sebab mendapat warisan
  7.  Rukun-rukun faraidh
  8.  Syarat-syarat faraidh
  9.  Mereka yang ditegah mendapat harta warisan
  10.  Ahli waris yang berhak – Kaedah Fajar
  11.  Latihan Melukis Peta Minda Fajar
  12.  Penghalangan - Kaedah Fajar
  13.  Ahli waris Fardhu - Kaedah Fajar
  14.  Ahli waris ‘Asobah - Kaedah Fajar
  15.  Latihan


Bengkel Pengiraan Faham Faraidh

  1.  Ulangkaji 
    1.  Melukis Peta Minda Fajar
    2.  Penghalangan 
    3.  Ahli waris fardhu
    4.  Ahli waris ‘asobah 
  2.  Pecahan
  3.  Langkah-langkah Pengiraan
    1. Melakar jadual
    2. Asal Masalah
    3. Ta'sil
    4. Saham
    5. Baki
    6. Semak
  4.  Pengiraan Ahli Fardhu sahaja
  5.  Pengiraan Ahli 'Asobah sahaja
  6.  Pengiraan Ahli Fardhu dan 'Asobah
  7.  Tashih


Bengkel Lanjutan Faham Faraidh

  1.  Masalah-masalah dalam pengiraan
    1.  Jumlah pembilang lebih besar daripada Asal Masalah (العَوْل)
    2.  Pengembalian bahagian kepada ahli waris ( الرَدّ )
    3.  Datuk bersama saudara ( الجَدُّ مَعَ الِإخْوَة )
  2.  Perpindahan ( المُنَاسَخَات )
  3.  Keluar daripada mengambil bahagian ( التَخَارُجُ مِنَ التِرْكَة )
  4.  Masalah-masalah yang dikecualikan daripada pengiraan biasa.
    1.  Al-Gharrawiyatain ( الغًرَّوِيَتَيْن )
    2.  Al-Musytarakah ( المُشْتَرَكَة )
    3.  Al-Akdariah ( الأَكْدَرِيَّة )
  5.  Ramalan dan penjagaan
    1.  Janin dalam kandungan
    2.  Anak zina atau li'an
    3.  Khunsa
    4.  Orang yang hilang
    5.  Orang ditawan musuh
    6.  Kematian ahli-ahli waris bersama

Kaedah Fajar


Kaedah Fajar ialah satu kaedah yang ringkas dan mudah untuk memahami dan mengingati ahli waris yang berhak, penghalangan dan bahagian ahli waris. Kaedah ini merupakan satu inovasi daripada kaedah Syazaratul Mirath yang diasaskan oleh Ustaz Jabal Alam Shah

















Kaedah ini digunakan bagi memudahkan peserta mengingati ahli waris yang berhak, ahli fardhu dan pembahagiannya, ahli asobah dan pembahagiannya, penghalangan dan dzawil arham.

Sedutan Video Ahli Waris


Anda perlu hadir
  1. Individu yang berminat
  2. Para ustaz, penceramah dan pendakwah
  3. Para perunding kewangan, takaful, perunding harta pusaka
  4. Para peguam yang terlibat dengan harta pusaka
  5. Pegawai kerajaan yang terlibat dalam urusan harta pusaka
  6. Organisasi yang berminat
Sila ke blog ini untuk maklumat tentang faraidh :) -> www.faraidh.blogspot.com

Comments

Post a Comment