MAKLUMAN TERKINI

> Bengkel Asas Faham Faraidh > 17 Sept 2017

> Bengkel Lanjutan Faham Faraidh II > 29 Oktober 2017

> Pendaftaran kelas Al-Quran dibuka untuk semua peringkat umur.

> Promosi 2017 - Sewa Bilik Seminar Serendah RM 25/jam

Sila hubungi 018-789 2252

Pengenalan


I. NAMA SYARIKAT : ALIF ABADI ENTERPRISE

II. NAMA PEMILIK     :  HILMI HANIZ B MUHAMMAD

III. NO. PENDAFTARAN SSM : SA0399406-W

IV. NO. RUJUKAN JAIS : BPI 03/05/083/01 Jld 4 (088)

V. ALAMAT SYARIKAT : 30-2, JALAN TEKNOLOGI 3/6C, TAMAN
  SAINS SELANGOR, KOTA DAMANSARA, 47810
  PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

VI. NO TEL           : 018 – 789 2252

VII. EMAIL                 : akademialif@gmail.com

VIII. LAMAN WEB : www.akademialif.com

IX. FACEBOOK         : https://www.facebook.com/akademialif

1. Muqaddimah

        Akademi Alif yang telah ditubuhkan oleh syarikat Alif Abadi Enterprise (SA 0399406-W). Akademi ini telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor di bawah kategori Pusat Tuisyen Islam Persendirian/Swasta.

       Akademi ini merupakan sebuah Pusat Pengajian dan Latihan Pendidikan Islam Di sini di jalankan pengajian Al-Quran, Fardhu 'Ain dan Faraidh secara intensif bagi semua peringkat umur dengan masa pengajian yang fleksibel. Selain daripada itu juga, akademi juga menganjurkan program-program pendidikan Islam seperti I Love Solat, I Love Muhammad SAW, I Love My Iman dan banyak lagi

      Akademi Alif mempunyai pelbagai modul pendidikan dan latihan yang amat sesuai dan praktikal kepada golongan sasaran. Modul-modul yang disediakan adalah mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber utama serta Ijmak dan Qias sebagai sumber sekunder. Bagi menjadikan modul-modul tersebut agar lebih menarik dan menyeronokkan, Akademi Alif menggunakan Power Point Presentation, video, gambar, lagu, aktiviti dan lain-lain.

      Akademi ini dibantu oleh beberapa tenaga jurulatih yang berkelulusan universiti tempatan dan luar negara serta mempunyai pengalaman dalam pendidikan dan latihan.

2. Visi Akademi Alif

Menjadi pusat pendidikan dan latihan yang mahir yang dapat melahirkan individu yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia menuju kejayaan di dunia dan di akhirat

3. Misi Akademi Alif

Antara misi yang akan dilaksanakan oleh Akademi Alif dalam mencapai visi tersebut adalah seperti berikut : -

a. Menghasilkan dan mempelbagaikan modul dan program Islamik.
b. Menganjurkan program dan aktiviti Islam yang lebih inovatif dan ceria.
c. Menjalinkan kerjasama dengan pihak surau, masjid, badan kerajaan dan swasta dalam menjayakan program dan aktiviti tersebut
d. Mengutamakan pelanggan dengan memberi khidmat yang lebih cemerlang.

4. Objektif Penubuhan

a. Melahirkan individu yang cintakan Islam dan suka mengamalkan ajarannya
b. Membimbing individu dalam mencari matlamat hidup di dunia dan akhirat
c. Memberikan ruang dan peluang kepada para agamawan untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu agama
d. Menyatupadukan masyarakat Islam dalam mengembalikan kehebatan agama Islam

5 Pelopor Akademi Alif

Akademi Alif  dipengerusikan oleh ustaz Hilmi Haniz b Muhammad. Berpengalaman selama 6 tahun dalam pendidikan dan latihan Islami dan Al-Quran, mempunyai sanad Al-Quran melalui Syeikh Said, Kaherah, Mesir, mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Latar belakang pendidikan ialah Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pengarang buku Fajar Faraidh. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan Asia Pacific Smart School. Berpengalaman luas dalam bidang latihan islamik.

6 Antara tenaga pengajar/jurulatih program/kem

a. Ustaz Mohd Rahmat b Ahmad Bukhari
Berkelulusan Diploma Pengajian Islam Syariah dan Perundangan (KUIS), dan Sekarang menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda Pengajian Islam Syariah (UK, Malaysia). Sekarang berkhidmat sebagai guru Sekolah Rendah Agama Bukit Unggul, Selangor dari 2011 hingga kini. Di samping berkecimpung dalam dunia pendidikan, beliau juga aktif menyampaikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah, ceramah fardu 'ain di masjid di sekitar Sg. Buloh , Kota Damansara, Bukit Mutiara Damansara, Sg. Plong dan di sekitar Selangor serta mempunyai tauliah mengajar daripada JAIS.


b. Ustaz Mohd Zakaria b Ahmad
Beliau bertugas sebagai seorang guru di sekolah Islam swasta di Kota Damansara. Merupakan seorang yang positif dan sangat berpengalaman dalam mengendalikan program dan aktiviti. Pernah menjadi pengarah dan fasilitator bagi program motivasi, keagamaan dan kepimpinan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu.

c. Ustaz Mohamed Hafiz b Mohamed Yusof
Seorang yang ceria, aktif dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kem motivasi dan kem ibadah. Pernah mengendalikan beberapa kem ibadah bersama dengan syarikat Radiant Retreat di Janda Baik. Merupakan guru agama di sebuah sekolah swasta terkemuka, Beliau berkelulusan ijazah Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Bahasa Arab dan kesusasteraan.

7 Antara program – program Akademi Alif

a. Aulad Al-Quran – Program memahirkan bacaan Al-Quran
b. Ready 4 Ramadhan – Program persediaan untuk menunaikan ibadah puasa Ramadhan
c. Solatku Sayang – Program mengenali dan mengasihi ibadah solat
d. Keluargu Kekasihku – Program melahirkan ahli keluarga yang soleh
e. Rindukan Rasulullah – Program menghayati kehidupan dan perjuangan Baginda
f. Indahnya Imanku – Program menetapkan dan menguatkan pegangan Iman


8 Program yang telah dilaksanakan

Nama program Tempat Tarikh
a. Prep Ramadhan Akademi Alif, Kota Damansara 14 Jun 2014
b. Prep Ramadhan Surau Nurul Iman, Apt Subang Suria 28 Jun 2014
c. I Love Solat Akademi Alif, Kota Damansara 24 Sept 2014
d. I Love My Family Akademi Alif, Kota Damansara 30 Nov 2014
e. I Love Muhammad   Akademi Alif, Kota Damansara 07 Dis 2014
f. I Love My Iman Akademi Alif, Kota Damansara 14 Dis 2014
g. I Love Quran Akademi Aif 15 & 22 Mac 2015
h. Aulad Al-Quran Surau As-Sahabah, Kota Damansara 17 & 18 Mac 2015
i. Smart Solat Surau Mutiara Damansara 16 Mei 2015
j. Ready for Ramadhan Akademi Alif 31 Mei 2015
k. Ready for Ramadhan Surau Mutiara Damansara 4 Jun 2015
l. Ready for Ramadhan Masjid Al-Muhtadin, D. Damai 7 Jun 2015
m. Ready for Ramadhan Masjid Al-Ehsan, Hulu Langat 11 Jun 2015
n. Ready for Ramadhan Surau Ad Dhuha, Kota Damansara 13 Jun 2015
o. Ready for Ramadhan Surau As-Salam, Kota Damansara 14 Jun 2015


9 Penutup

Semoga Akademi Alif dapat berkhidmat dengan cemerlang dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat setempat khasnya dalam menghayati dan megamalkan ilmu-ilmu Islam. Penglibatan dan sokongan daripada semua pihak amat dialu-alukan agar dapat merealisasikan misi dan visi akademi dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment