Program I Love Quran




Mengikut kajian, masih ramai pelajar yang tidak mahir dan tidak tahu membaca Al Quran. Walaupun membaca Al-Quran adalah sunat, namun wajib membacanya dengan bertajwid. Begitu juga rukun qauli, bacaan yang wajib dalam solat. Jika ditanya kepada mereka makhraj huruf, sifat huruf, hukum nun mati, mad, bacaan yang mengikut Imam ‘Asim, tentunya ramai yang tidak dapat menjawabnya.
 
       Dalam program I Love Quran, para peserta akan didedahkan segala jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut serta pengetahuan berkaitan Al-Quran yang perlu diketahui dan diamalkan. Aktiviti praktikal juga akan dijalankan supaya pelajar lebih memahami ilmu yang disampaikan.

Pada akhir kem ini, peserta akan mengetahui, memahami dan akan mengamalkan, lebih suka untuk membaca Al-Quran, menghormati dan menghargai orang di sekeliling mereka, lebih berdisiplin dan boleh berdikari.

Objektif Program I Love Quran

a. Mengenali dan memahami kepentingan dan kelebihan membaca Al-Quran
b. Mengasihi Al-Quran dan bertambah minta untuk membacanya
c. Membaca dengan tajwid yang betul dan sempurna makhrajnya.
d. Menjadi seorang muslim yang berakhlak mulia dan berdisiplin
e. Memupuk semangat setia kawan sesama peserta
f. Menanam sifat-sifat kepimpinan dalam diri peserta
g. Peserta akan lebih berdikari dalam mengharungi kehidupan

Modul Aulad Al-Quran

a.   Kenali Kawanku      – Merapatkan persahabatan sesama peserta
b. Ajaibnya Al-Quran  - Pengenalan dan kelebihan Al-Quran
c. Tahu Tajwid            - Ilmu tajwid dan Makhraj
d. Mad Mudah             – Hukum-hukum Mad
e. Senangnya Sukun     - Hukum Nun dan Min Mati
f. Tanbihun                  - Perkara penting dalam bacaan Al-Quran
g. Motivasi Minat Membaca
h. 5 jenis aktiviti aulad yang menarik
i. Permainan kuiz Al-Furqan

Tentatif Program ILQ

Hari Pertama (15hb Mac 2015, Ahad)

08.00 am Pendaftaran peserta
08.30 Modul 1 – Ice breaker – Kenali Kawanku
09.30 Modul 2 – Ajaibnya Al-Quran | Aktiviti Aulad 1
10.30 Minum pagi
10.45 Modul 3 – Tahu Tajwid | Aktiviti Aulad 2
12.30 pm Makan tengahhari
01.30 Solat Zohor berjemaah
02.00 Modul 4 – Mad Mudah | Aktiviti Aulad 3
03.30 Kesimpulan | Permainan kuiz
04.30 Minum petang | Solat Asar berjemaah
05.30 Bersurai


Hari kedua (22hb Mac 2015, Ahad)
08.00 am Senaman Senyuman
08.30 Modul 5  – Senangnya Sukun | Aktiviti Aulad 4
10.30       Minum pagi
10.45 Modul 6 – Tanbihun | Aktiviti Aulad 5
12.30 pm Makan tengahhari
01.30 Solat Zohor berjemaah
02.00 Kesimpulan | Permainan kuiz Al-Furqan
03.30 Modul 7 – Motivasi Minat Membaca | Penutup | Penyampaian sijil
04.30 Minum petang dan solat asar berjemaah
05.30 Bersurai

Yuran Program  ILQ

RM 70 seorang
RM 200 (3 orang)

Yuran adalah meliputi :
i. Buku Nota ILQ
ii. Sijil penyertaan
iii. Makan 6 kali
iv. Modul dan trainer program
v. Pengurusan program

Hubungi
Kami boleh dihubungi di talian 018 – 789 2252 untuk pendaftaran dan maklumat lanjut

Cara mendaftar
  1. Lengkapkan borang penyertaan online -> klik di sini 
  2. Sila jelaskan yuran program ke akaun Maybank - 162759050244 - Hilmi Haniz Muhammad
  3. Hantarkan bukti pembayaran melalui whatsapp/email - 0187892252 / akademialif@gmail.com
Terima kasih :)




Comments