Program Cuti Sekolah Mac 2016 - I Love Quran
Pengenalan
^^^^^^^
Mari kita lihat kepada tangan anak-anak kita. Pada zaman ini apakah benda yang sentiasa dipegang mereka? Ya betul, gajet seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Bilakah masa kita melihat memegang Al-Quran dan membacanya. Jika mereka baca, adakah bacaan mereka itu betul mengikut hukum tajwid seperti panjang dan pendek. Mengikut kajian yang dijalankan, masih ramai kanak-kanak dan remaja yang tidak mahir dan tidak tahu membaca Al Quran.
Dalam program I Love Quran, para peserta akan didedahkan tentang ilmu berkaitan Al-Quran yang perlu diketahui dan diamalkan. Aktiviti praktikal juga akan dijalankan supaya pelajar lebih memahami ilmu yang disampaikan.
Pada akhir program ini, peserta akan mengetahui, memahami dan akan mengamalkan, menyintai Al-Quran, lebih suka untuk membaca Al-Quran, menghormati dan menghargai Al-Quran, lebih berdisiplin dan boleh berdikari.
Maklumat Program
^^^^^^^^^^^^
- Nama program : I Love Quran
- Tarikh : 20 Mac 2016 (kanak-kanak)
- Hari : Ahad
- Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
- Tempat : Akademi Alif, Kota Damansara
- Peta : https://goo.gl/maps/kLjYjo2fZ1k
- Yuran : RM 50 - seorang | RM 130 – 3 orang
Objektif Program
^^^^^^^^^^^
a. Mengenali dan memahami kepentingan dan kelebihan membaca Al-Quran
b. Mengasihi Al-Quran dan bertambah minta untuk membacanya
c. Membaca dengan tajwid yang betul dan sempurna makhrajnya.
d. Mengetahui kesilapan dalam bacaan Al-Quran
e. Menjadi seorang muslim yang berakhlak mulia dan berdisiplin
f. Memupuk semangat setia kawan sesama peserta
g. Menanam sifat-sifat kepimpinan dalam diri peserta
Modul I Love Quran
^^^^^^^^^^^^^
a. Ajaibnya Al-Quran - Pengenalan dan kelebihan Al-Quran
b. Tahu Tajwid - Ilmu tajwid dan Makhraj
c. Mad Mudah - Hukum-hukum Mad
d. Senangnya Sukun - Hukum Nun dan Min Mati
e. Tanbihun - Perkara penting dalam bacaan Al-Quran
f. Motivasi Minat Membaca Al Quran
h. Aktiviti dan permainan Al-Furqan
Tentatif Program ILQ
^^^^^^^^^^^^^
08.00 am Pendaftaran peserta
08.30 Ice breaker – Kenali Kawanku
09.00 Modul 1 – Ajaibnya Al-Quran
10.00 Minum pagi
10.15 Modul 2 – Tahu Tajwid
11.15 Modul 3 - Mad Mudah
12.30 pm Makan tengah hari
01.30 Solat Zohor berjemaah
02.00 Modul 4 – Senangnya Sukun
03.00 Modul 5 - Tanbihun
03.30 Modul 6 – Motivasi Baca Quran
04.00 Permainan Al-Furqan
04.30 Minum petang | Solat Asar berjemaah | Penyampaian Sijil
05.30 Bersurai
Yuran Program ILQ
^^^^^^^^^^^^
RM 50 seorang
RM 130 (3 orang)
Yuran adalah meliputi :
i. Buku Nota ILQ
ii. Sijil penyertaan
iii. Makan 3 kali
iv. Modul dan trainer program
v. Pengurusan program
Pendaftaran
^^^^^^^^
Sila isikan borang di bawah
Peserta kanak-kanak (7 – 13 tahun) > http://goo.gl/forms/c7rl7iiFQq
Pembayaran Yuran
^^^^^^^^^^^^
Maybank - 162759050244 - Hilmi Haniz Muhammad
* Sila jelaskan yuran program ke akaun Hantarkan bukti pembayaran melalui whatsapp/email - 0187892252 / akademialif@gmail.com
Maklumat Lanjut
^^^^^^^^^^^
Sila hubungi 018 – 789 2252 atau
Layari www.akademialif.com
Sila kongsikan info ini bersama ahli keluarga dan sahabat andai. Terima kasih di atas perkongsian anda.
#program #cuti #sekolah #mac #selangor #menarik #murah #manfaat #tajwid #alquran #quran #kanakkanak #sekolah #rendah
Comments
Post a Comment