KURSUS TAHU TAJWID UNTUK DEWASA



Membaca Al Quran adalah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah penting.

Banyak hadith yang menceritakan kepada kita tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antaranya ialah :

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya:

“Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”.

Dengan sebab inilah, Akademi Alif akan menganjurkan Kursus Sehari Tahu Tajwid untuk golongan dewasa yang berminat untuk mendalami asas ilmu tajwid Al-Quran

Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hilmi Haniz Muhammad merupakan guru Al-Quran berpengalaman dan bertauliah.

Berikut adalah maklumat kursus :
===========================

TARIKH : 28 Ogos 2016, Ahad

MASA : 8.00 pagi – 4.30 petang

TEMPAT : Akademi Alif, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

DISEDIAKAN : Buku Nota Tahu Tajwid

YURAN : RM 30 sahaja

SIAPA YANG PERLU HADIR ?
=======================
Golongan dewasa yang ingin mendalami asas ilmu tajwid secara mudah dalam masa yang singkat


KELEBIHAN KURSUS TAHU TAJWID
============================
1.     Yuran yang murah
2.     Teknik mudah dalam memahami hukum tajwid
3.     Tidak perlu hafal nama-nama hukum tajwid
4.     Tempoh yang singkat iaitu sehari sahaja
5.     Bilangan maksimum peserta hanya terhad 50 orang sahaja
6.     Ustaz yang berpengalaman selama 6 tahun
7.     Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS
8.     Nota ditulis sendiri oleh ustaz
9.     Belajar dan praktikal bersama-sama

OBJEKTIF KURSUS TAHU TAJWID
==========================
1.     Peserta dapat mengetahui tentang kewajipan bacaan Al-Quran dengan bertajwid
2.     Peserta dapat memahami hukum-hakam bacaan Al-Quran
3.     Peserta dapat mengenali teknik mudah memahami hukum bacaan
4.     Peserta dapat membezakan makhraj dan sifat huruf-huruf hijai’yyah
5.     Peserta dapat mengetahui cara memulakan dan menghentikan bacaan
6.     Peserta dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam bacaan
7.     Peserta dapat mengenali bacaan-bacaan yang asing dalam Al-Quran

LOKASI KURSUS
=============

Akademi Alif
No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor,
(The Core SunSuria) 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Google map : https://goo.gl/maps/pB62AhDLxdC2

Landmark : Uptown, Primadona, Kedai Ustaz, Genius Aulad, Tupperware, La Residenza

TENTATIF KURSUS TAHU TAJWID
==========================
08.00 pagi      
Pendaftaran

09.00              
Pengenalan Al-Quran – Keistimewaan |  Bagaimana wahyu diturunkan | Sejarah penurunan Al-Quran, Penulisan Al-Quran | Kelebihan membaca AL-Quran |  Adab-adab membaca | hukum membaca Al-Quran | Qiraat

10.00            
Pengenalan kepada Ilmu Tajwid – Definisi Tajwid | Hukum |  Kelebihan mempelajari ilmu tajwid |  Makhraj dan Sifat Huruf Hija’iyyah | Sifat nipis dan tebal | Hukum Mad – Pengenalan, Huruf Mad, Jenis Mad

12.00 tengah hari            
Rehat | Makan tengah hari (tidak disediakan) | Solat Zohor

02.00 petang            
Hukum Nun Mati dan Tanwin – Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa’, Hukum Mim Mati – Idgham, Ikhfa dan Izhar syafawi | Qalqalah | Waqaf dan Ibtida’ | Bacaan yang asing dalam Al-Quran – Qiraat ‘Asim

04.30              
Bersurai

YURAN KURSUS TAHU TAJWID
========================

RM 30 sahaja untuk seorang

DISEDIAKAN
=========
> Buku Nota Tahu Tajwid


TIDAK DISEDIAKAN
===============
> Makanan
> Sijil

PENDAFTARAN
============

Sila isikan borang online di sini > http://goo.gl/forms/LAu3LnRzpx34UQSV2

PEMBAYARAN
===========

Sila jelaskan yuran selewat-lewatnya sehari sebelum kursus ke akaun

Maybank - 162759050244 - Hilmi Haniz Muhammad

Hantarkan maklumat pembayaran melalui whatsapp - 011 1144 4306


PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
===============================

Sila hubungi 011 1144 4306 (Ustazah Husna)

Mohon disebarkan info ini :)

Sekian terima kasih

#belajar #ilmu #kursus #tajwid #alquran #dewasa #selangor #ogos #murah

Comments