PROGRAM CUTI SEKOLAH 2017
(Program ILQ di Akademi Alif sebelum ini)
I LOVE QURAN
PENGENALAN
===========
Zaman ini penuh dengan cabaran. Terutama buat anak-anak kita. Kebanjiran gajet-gajet seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Masa banyak dihabiskan dengan bermain, bersosial dengan gajet tersebut. Mengikut kajian yang dijalankan, masih ramai kanak-kanak dan remaja yang tidak mahir dan tidak tahu membaca Al Quran.
Dalam program Tanda Tajwid, para peserta akan didedahkan tentang ilmu berkaitan Al-Quran yang perlu diketahui dan diamalkan. Aktiviti praktikal juga akan dijalankan supaya pelajar lebih memahami ilmu yang disampaikan.
Pada akhir program ini, peserta akan mengetahui, memahami dan akan mengamalkan, menyintai Al-Quran, lebih suka untuk membaca Al-Quran, menghormati dan menghargai Al-Quran, lebih berdisiplin dan boleh berdikari.
MAKLUMAT PROGRAM
==================
- Tarikh 1 : 24 Dis 2017, Ahad (Sek. Rendah)
- Tarikh 2 : 25 Dis 2017, Isnin (Sek. Menengah)
- Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
- Tempat : Akademi Alif, Kota Damansara
- Yuran : RM 50 - seorang | RM 130 – 3 orang
KELEBIHAN PROGRAM ILQ
======================
1. Yuran yang murah
2. Teknik mudah dalam memahami hukum tajwid
3. Tidak perlu hafal nama-nama hukum tajwid
4. Tempoh yang singkat iaitu sehari sahaja
5. Bilangan maksimum peserta hanya terhad 70 orang sahaja
6. Ustaz yang berpengalaman selama 7 tahun
7. Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS
8. Nota ditulis sendiri oleh ustaz
9. Belajar dan praktikal bersama-sama
OBJEKTIF PROGRAM ILQ
=====================
1. Peserta dapat mengetahui tentang kewajipan bacaan Al-Quran dengan bertajwid
2. Peserta dapat memahami hukum-hakam bacaan Al-Quran dengan mudah
3. Peserta dapat mengenali teknik mudah memahami hukum bacaan
4. Peserta dapat membezakan makhraj dan sifat huruf-huruf hijai’yyah
5. Peserta dapat mengetahui cara memulakan dan menghentikan bacaan
6. Peserta dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam bacaan
7. Peserta dapat mengenali bacaan-bacaan yang asing dalam Al-Quran
TENTATIF PROGRAM ILQ
====================
08.30 pagi
Pendaftaran
09.00
Pengenalan Al-Quran – Keistimewaan | Sejarah penurunan Al-Quran, Penulisan Al-Quran | Qiraat | Sanad
09.30
Pengenalan kepada Ilmu Tajwid – Definisi Tajwid | Hukum | Kelebihan mempelajari ilmu tajwid | Tempat Keluar Huruf dan Cara Sebut (Senyum dan Kembung)
10.45
Baris 2 | Mati | Lantunan | Sabdu | Panjaaang | 2,4 dan 6 Harakat | Huruf tiada baris
01.00 tengah hari
Rehat | Solat Zohor
02.00 petang
Jelas dan Dengung| Lantunan | Senyum dan Kembung 2 | Tanda Berhenti | Cara Kenali Akhir Perkataan | Tempat Sesuai untuk Sambung | Cara Berhenti Bacaan | Alif Berudu | Baris 2 + Alif Berudu | Bacaan Istimewa
04.30
Bersurai
YURAN PROGRAM ILQ
================
RM 50 seorang
RM 130 (3 orang)
Yuran adalah meliputi :
i. Buku Nota TT
ii. Sijil penyertaan
iii. Makan 3 kali
iv. Modul dan trainer program
v. Pengurusan program
PENDAFTARAN ILQ
================
Sila isikan borang melalui pautan di bawah
PEMBAYARAN YURAN
=================
CIMB - 8603025716 ( Alif Abadi Enterprise)
* Sila jelaskan yuran program ke akaun Hantarkan bukti pembayaran melalui whatsapp/email - 013 488 9495 / akademialif@gmail.com
MAKLUMAT LANJUT
===============
Sila hubungi 013 488 9495 (Ustazah Syaza) atau
Layari www.akademialif.com
Sila kongsikan info ini bersama ahli keluarga dan sahabat andai. Terima kasih di atas perkongsian anda.
#program #cuti #sekolah #disember #selangor #menarik #murah #manfaat #tajwid #alquran #quran #kanakkanak #remaja #sekolah #rendah #menengah
Comments
Post a Comment