Bengkel Asas dan Lanjutan Faham Faraidh 2018


(MAAF, PENYERTAAN TELAH PENUH. TARIKH BENGKEL LAIN PADA 4 DAN 11 FEBRUARI. MAKLUMAT LANJUT DI ATAS)
  1. Tarikh : 21 dan 28 Jan 2018
  2. Hari : Ahad
  3. Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
  4. Tempat : Akademi Alif, Kota Damansara, PJ
  5. Yuran : PERCUMA 
  6. Pengajar : Ustaz Hilmi Haniz, Penulis buku Fajar Faraidh, tauliah MAIS

PENGENALAN

      Ilmu warisan Islam atau faraidh merupakan satu ilmu yang sangat penting bagi umat Islam sehinggakan dijelaskan secara terperinci di dalam Al-Quran dalam surah an-Nisaa’. Begitu juga saranan daripada Baginda SAW kepada kita untuk mempelajarinya dan mengajarkannya kepada orang lain.

       Oleh sebab masih ramai dikalangan umat Islam yang tidak mengetahui ilmu faraidh atau kurang kefahaman mengenainya maka Akademi Alif akan menganjurkan kursus selama 2 hari berkenaan ilmu faraidh.

OBJEKTIF BENGKEL FAHAM FARAIDH

1. Menyebarkan pengetahuan tentang ilmu Faraidh.
2. Memberi kefahaman mengenai pembahagian harta secara adil menurut syariat Islam.
3. Memudahkan kefahaman dan mengingati ilmu Faraidh dengan teknik Fajar
4. Meningkatkan keyakinan diri dan kesedaran terhadap penting ilmu faraidh dalam masyarakat Islam
5. Mempertingkat kemahiran dalam pemahaman dan pengiraan dalam ilmu faraidh

KANDUNGAN BENGKEL ASAS FF

1. Pengenalan ilmu Faraidh 
2. Kepentingan dan keistimewaan ilmu faraidh 
3. Kepentingan mempelajarinya 
4. Harta peninggalan
5. Perkara yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian warisan 
6. Sebab-sebab mendapat warisan 
7. Rukun-rukun faraidh 
8. Syarat-syarat faraidh 
9. Mereka yang ditegah mendapat harta warisan 
10. Ahli waris yang berhak – Kaedah Fajar
11. Latihan Melukis Peta Minda Fajar
12. Ahli waris fardhu - Kaedah Fajar
13. Ahli waris ‘asobah - Kaedah Fajar
14. Penghalangan - Kaedah Fajar
15. Jadual pemahaman
16. Pengenalan Pengiraan
17. Pengiraan ahli Fardhu 
18. Pengiraan ahli 'Asobah

KANDUNGAN BENGKEL LANJUTAN FF

1. Ulangkaji Ahli Waris Yang Berhak
2. Jadual pengiraan baru
3. Latihan Ulangkaji
4. Pengiraan ahli Fardhu
5. Pengiraan ahli 'Asobah
        a. 'Asobah dengan sendiri (العَصَبَة بِالنَّفْس )
        b. 'Asobah dengan yang lain (العَصَبَة بِالغَيْر )
        c. 'Asobah bersama yang lain (العَصَبَة مَعَ الغَيْر )
6. Masalah-masalah dalam pengiraan
        a. Jumlah pembilang lebih besar daripada Asal Masalah (العَوْل)  
        b. Pengembalian bahagian kepada ahli waris ( الرَدّ )
        c. Datuk bersama saudara ( الجَدُّ مَعَ الِإخْوَة )
7. Perpindahan ( المُنَاسَخَات )
8. Keluar daripada mengambil bahagian ( التَخَارُجُ مِنَ التِرْكَة )
9. Masalah-masalah yang dikecualikan daripada pengiraan biasa.
        a. Al-Gharrawiyatain ( الغًرَّوِيَتَيْن )
        b. Al-Musytarakah ( المُشْتَرَكَة )
        c. Al-Akdariah ( الأَكْدَرِيَّة )
10. Ramalan dan penjagaan
        a. Janin dalam kandungan
        b. Anak zina atau li'an
        c. Khunsa
        d. Orang yang hilang
        e. Orang ditawan musuh
        f. Kematian ahli-ahli waris bersama

DISEDIAKAN :
  • Buku Nota Kerja Bengkel (ebook)
  • Sijil Penyertaan
TIDAK DISEDIAKAN :

  • Sarapan pagi dan makanan tengah hari
  • Alat tulis


LOKASI BENGKEL FF

Akademi Alif
No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor,
(The Core SunSuria) 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Google map : http://bit.do/lokasiAkademiAlif

Landmark : Uptown, Primadona, Kedai Ustaz, Genius Aulad, Tupperware

PENDAFTARAN BENGKEL FF

Sila isikan borang pada link ini > https://goo.gl/forms/797jya4b2KHFRyWL2 

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT 

Sila hubungi 013 488 9495 (Ustazah Syaza)
www.akademialif.com 

Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya

Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira

#belajar #kursus #bengkel #latihan #faraid #faraidh #kaedah #fajar #selangor #percuma #buku #sijil #ustaz #tauliah #MAIS

Comments