Kursus Tanda Tajwid - Dewasa
Membaca Al Quran adalah merupakan suatu tuntutan ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah penting.
Banyak hadith yang menceritakan kepada kita tentang kelebihan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Antaranya ialah :
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang maksudnya:
“Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak”.
InsyaAllah, Akademi Alif akan menganjurkan program Tanda Tajwid untuk golongan dewasa yang berminat untuk mendalami asas ilmu tajwid Al-Quran
Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Hilmi Haniz Muhammad merupakan guru Al-Quran berpengalaman dan bertauliah.
Berikut adalah maklumat tentang program tersebut :
===========================
TARIKH : 13 Mei 2018, Ahad
MASA : 8.30 pagi – 4.30 petang
TEMPAT : Akademi Alif, Kota Damansara, Petaling Jaya
DISEDIAKAN : Buku Nota, Sijil dan Jamuan
YURAN : RM 50 sahaja (seorang)
SIAPA YANG PERLU HADIR ?
=======================
Golongan DEWASA yang ingin mendalami asas ilmu tajwid secara mudah dalam masa yang singkat
KELEBIHAN KURSUS TANDA TAJWID
============================
1. Kenali hukum Tajwid melalui tanda yang ada di dalam Al-Quran
2. Teknik mudah dalam memahami hukum tajwid
3. Tidak perlu hafal nama-nama hukum tajwid
4. Tempoh yang singkat iaitu sehari sahaja
5. Bilangan maksimum peserta hanya terhad 50 orang sahaja
6. Ustaz yang berpengalaman selama 7 tahun
7. Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS
8. Nota ditulis sendiri oleh ustaz
9. Belajar dan praktikal bersama-sama
OBJEKTIF KURSUS TANDA TAJWID
==========================
1. Peserta dapat mengetahui tentang kewajipan bacaan Al-Quran dengan bertajwid
2. Peserta dapat memahami hukum-hakam bacaan Al-Quran dengan mudah
3. Peserta dapat mengenali teknik mudah memahami hukum bacaan
4. Peserta dapat membezakan makhraj dan sifat huruf-huruf hijai’yyah
5. Peserta dapat mengetahui cara memulakan dan menghentikan bacaan
6. Peserta dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam bacaan
7. Peserta dapat mengenali bacaan-bacaan yang asing dalam Al-Quran
LOKASI KURSUS
=============
Akademi Alif
No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor,
(The Core SunSuria) 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Google map : https://goo.gl/maps/pB62AhDLxdC2
Landmark : Uptown, Primadona, Kedai Ustaz, Genius Aulad, Tupperware
TENTATIF KURSUS
===============
08.30 pagi
Pendaftaran
09.00
Pengenalan Al-Quran – Keistimewaan | Sejarah penurunan Al-Quran, Penulisan Al-Quran | Qiraat | Sanad
09.30
Pengenalan kepada Ilmu Tajwid – Definisi Tajwid | Hukum | Kelebihan mempelajari ilmu tajwid | Tempat Keluar Huruf dan Cara Sebut (Senyum dan Kembung)
10.45
Baris 2 | Mati | Lantunan | Sabdu | Panjaaang | 2,4 dan 6 Harakat | Huruf Tiada Baris
12.45 tengah hari
Makan tengah hari | Solat Zohor
02.15 petang
Jelas dan Dengung| Lantunan | Senyum dan Kembung 2 | Tanda Berhenti | Cara Kenali Akhir Perkataan | Tempat Sesuai untuk Sambung | Cara Berhenti Bacaan | Alif Berudu | Baris 2 + Alif Berudu | Bacaan Istimewa
04.30
Penutup | Penyampaian sijill | Bersurai
YURAN KURSUS
=============
Hanya RM 50 sahaja untuk seorang
DISEDIAKAN
=========
> Buku Nota Tanda Tajwid
> Sijil Penyertaan
> Jamuan pagi dan tengah hari
TIDAK DISEDIAKAN
===============
> Alat tulis
PENDAFTARAN
============
Sila isikan borang online di sini > https://goo.gl/forms/wAyon6YCrQu5qXPs1
PEMBAYARAN
===========
Sila jelaskan yuran program sebanyak RM 50 ke akaun
Bank CIMB - 860 302 5716 ( Alif Abadi Enterprise)
Hantarkan bukti pembayaran melalui whatsapp/email -
013 488 9495 (Ustazah Nur Syaza) /
akademialif@gmail.com
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
===============================
Sila hubungi 013 488 9495 (Ustazah Nur Syaza)
Mohon disebarkan info ini :)
Sekian terima kasih
#dewasa #belajar #ilmu #kursus #seminar #tanda #tajwid #alquran #selangor #mei #murah
Comments
Post a Comment