Kursus Teknikal Pengurusan Harta Pusaka


Tarikh
25 Disember 2019, Rabu

Masa 
9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat 
Akademi Alif, Kota Damansara, PJ

Yuran
RM 90 seorang
RM 160 2 orang

PenceramaH
Ustaz Khusairi, Da'ie Ilmu Faraidh

PENGENALAN

Penyelesaian pembahagian harta pusaka bukan setakat memahami dan mengetahui bahagian Faraidh semata-mata tetapi merangkumi soal teknikal pengurusan dan peruntukan undang-undang. Kedua-duanya amat penting dalam menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka, lebih-lebih lagi ia melibatkan harta yang mempunyai dokumen seperti rumah, tanah dan duit di dalam bank.

Oleh itu pihak Akademi Alif akan menganjurkan Kursus Teknikal Pengurusan Harta Pusaka yang akan disampaikan oleh seorang yang berpengalaman dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka iaitu Ustaz Khusairi, Da'ie Ilmu Faraidh ( DIF )


OBJEKTIF KURSUS
  1. Membetulkan salah faham masyarakat konsep sebenar pembahagian harta
  2. Menghayati konsep mengurus dan mengagihkan harta pusaka dengan kaedah betul dan sempurna.

KANDUNGAN KURSUS
  1. Tanggungjawab waris dalam pengurusan pusaka
  2. Isu-isu harta pusaka di Malaysia dan penyelesaian
  3. Prosedur dan teknikal pengurusan harta pusaka
  4. Sesi soal jawab dibuka sepanjang kursus

DISEDIAKAN
  1. Nota kursus
  2. Sijil penyertaan
  3. Jamuan


BIODATA PENCERAMAH



Al-Fadhil Ustaz Khusairi bin Saleh, Da'ie Ilmu Faraidh (DIF) dilahirkan di Manir, Kuala Terengganu. Berkelulusan bidang Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. Kemudian sebagai guru Pendidikan Islam. Selepas itu beliau bertugas sebagai Pegawai Pendidikan Islam di Pejabat Pendidikan Daerah Bera sehingga beliau meletak jawatan semata-mata kasih dan cinta dalam mendidik dan membantu masyarakat dengan ilmu Faraidh dan pengurusan harta pusaka. Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam mengajar ilmu Faraidh telah menulis dan menerbitkan sebuah buku bertajuk Panduan Ringkas Ilmu Faraidh dan Pengurusan Harta Pusaka. Kini beliau bergiat sepenuh masa sebagai Da'ie Ilmu Faraidh disamping sebagai Perunding Bebas Harta Pusaka.


LOKASI KURSUS

Akademi Alif
30-2, Jalan Teknologi 3/6c
Taman Sains Selangor 1,
Kota Damansara
48100 Petaling Jaya

Peta lokasi > https://goo.gl/maps/5aZ1ewNSN7s


PENDAFTARAN




PEMBAYARAN YURAN




PERTANYAAN

Sila hubungi 018 789 2252 atau WhatsApp (klik link)=> https://wa.me/60187892252

www.akademialif.com


Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya

Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira

Comments

Post a Comment