Bengkel Khas - Munasakhat Mudah (DIBATALKAN SEBAB PKP)





Selesaikan kes Munasakhat dengan mudah melalui Microsoft Excel





  • Tarikh : 14 Jun 2020, Ahad
  • Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
  • Tempat : Akademi Alif, Petaling Jaya
  • Yuran : RM 90 seorang



  • PENGENALAN


    Munasakhat ialah kematian ahli waris yang berlapis, iaitu perpindahan bahagian pusaka ahli waris kepada ahli warisnya yang lain kerana harta pusaka tidak sempat dibahagikan

    Contohnya Zaid mati meninggalkan isteri dan dua anak lelaki. Sebelum sempat harta Zaid dibahagikan, isterinya mati meninggalkan dua anak lelaki tadi dan ibunya. Kemudian ibu si isteri pula meninggal dunia tidak lama selepas itu. 

    Masalah munasakhat merupakan suatu masalah yang perlu diambil perhatian yang memerlukan siasatan ahli waris yang terperinci serta melibatkan pengiraan yang panjang dan teliti.

    Kesilapan yang dilakukan sama ada dalam penentuan ahli waris atau pun semasa pengiraan dilakukan mengakibatakan pembahagian kepada ahli waris menjadi tidak tepat


    MASALAH

    Antara masalah yang berlaku semasa pengiraan ialah faktor masa. Ya, memang betul, untuk menyelesaikan kes munasakhat perlu mengambil masa yang agak lama. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kematian berlapis-lapis yang melibatkan ramai ahli waris. Ditambah sukar lagi dengan kaedah pengiraan secara manual secara ditulis di atas kertas.

    Oleh itu, dalam merungkai masalah ini, pihak Akademi Alif akan mengadakan satu Bengkel Khas Munasakhat Mudah iaitu bengkel menyelesaikan munasakhat secara mudah dan cepat dengan menggunakan Microsoft Excel.

    Dalam bengkel ini peserta akan mempelajari dan mempraktikkan cara mengira masalah munasakhat dengan bantuan formula di dalam Microsoft Excel.

    KEISTIMEWAAN BENGKEL INI

    Dengan Microsoft Excel, pengiraan menjadi mudah dan cepat kerana :
    1. Jadual telah tersedia, cuma masukkan data sahaja.
    2. Pengiraan secara langsung dengan formula, tidak memerlukan kalkulator.
    3. Penggunaan formula yang mudah, tidak perlu kira satu persatu.
    4. Boleh buat pengiraan yang banyak lapisan, tidak memerlukan kertas yang banyak
    5. Boleh diedit semula jika berlaku kesilapan

    SIAPA PERLU HADIR

    Mereka yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka seperti perunding, peguam dan para asatizah.


    LOKASI BENGKEL 

    Akademi Alif
    No 30-2, Jalan Teknologi 3/6c, Taman Sains Selangor,
    (The Core SunSuria) 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor




    Landmark : Uptown, Kedai Ustaz, Genius Aulad, Restoran Hamid Maju


    TENTATIF BENGKEL

    08.00 pagi
    Pendaftaran peserta

    08.30 pagi
    Pengenalan Masalah Munasakhat 
    Pengenalan Jadual Microsoft Excel

    09.00 pagi
    Cara penyelesaian kes munasakhat

    09.30 pagi
    Praktikal Munaskhat 1

    10.30 pagi
    Minum pagi

    10.45 pagi
    Praktikal Munaskhat 2

    12.45 petang
    Makan tengah hari | Solat Zohor

    02.15 petang
    Praktikal Munaskhat 3

    03.45 - 04.00 petang
    Penutup | Penyampaian sijil | Sesi bergambar


    DISEDIAKAN
    • Buku nota 
    • Jamuan makan
    • Sijil penyertaan

    PERHATIAN !

    Bengkel ini hanya buat mereka yang telah mahir asas-asas pengiraan faraidh sahaja

    Sila bawa laptop sendiri


    PENDAFTARAN

    Sila isikan borang online di sini >



    PEMBAYARAN

    Yuran bengkel ( RM 90 ) boleh dijelaskan di sini

    https://akademialif.onpay.my/order/form/bayar-yuran


    PERTANYAAN 

    Sila hubungi 018 789 2252 atau WhatsApp (klik link)=> https://wa.me/60187892252

    www.akademialif.com


    Sila kongsikan kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya


    Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira

    #kursus #bengkel #seminar #faraid #faraidh #munasakhat #mudah #microsoft #excel

    Comments