BENGKEL ASAS FAHAM FARAIDH 27 Feb 2022 (Batch 1)
📆 27 Februari 2022, Ahad
⌚️ 8.00 pagi – 4.30 petang
🏢 Akademi Alif, Petaling Jaya (Bersemuka)
💵 RM 77 sahaja
🆓 PERCUMA Buku Faham Faraidh
👥 Terhad 25 peserta sahaja (SOP)
🗣 Ustaz Hilmi, penulis buku Faham Faraidh, bertauliah MAIS
✒️ PENGENALAN
Harta seseorang akan menjadi milik ahli warisnya apabila dia meninggal dunia. Syari'at Islam telah menetapkan pembahagian harta si mati kepada ahli warisnya dengan kadar-kadar tertentu dengan penuh keadilan. Ilmu ini dinamai dengan ilmu Faraidh.
Pengetahuan berkaitan ilmu ini masih diperingkat rendah di kalangan masyarakat. Ini dapat diketahui masih banyak salah faham di antara mereka berkenaan pembahagian faraidh. Contohnya, ada pandangan mengatakan hukum faraidh hanya menjadi wajib apabila ahli waris tidak ada kata sepakat.
Selain itu, ada mengatakan bahawa ahli waris tertentu sahaja yang dapat sebahagian besar harta pusaka seperti anak sulong, anak bongsu, anak yang menjaga ibu bapa semasa mereka sakit dan lain-lain lagi.
Untuk mengikis kekeliruan seumpama ini, maka Akademi Alif akan menganjurkan bengkel sehari berkenaan ilmu faraidh. Bengkel ini adalah bagi menerangkan secara asas ilmu faraidh.
✒️ OBJEKTIF BENGKEL ASAS FAHAM FARAIDH
<> Menyebarkan pengetahuan tentang ilmu Faraidh.
<> Memberi kefahaman mengenai pembahagian harta secara adil menurut Syari'at Islam.
<> Memudahkan kefahaman dan mengingati ilmu Faraidh dengan kaedah Fajar
<> Meningkatkan keyakinan diri dan kesedaran terhadap penting ilmu faraid dalam masyarakat Islam
<> Mempertingkat kemahiran dalam pemahaman dan pengiraan dalam ilmu faraid
✒️ KANDUNGAN MODUL BENGKEL
🔹 Pengenalan ilmu Faraidh
🔹 Kepentingan dan keistimewaannya
🔹 Kepentingan mempelajarinya
🔹 Harta pusaka
🔹 Perkara wajib ditunaikan sebelum pembahagian faraidh
🔹 Sebab-sebab mendapat pusaka
🔹 Rukun-rukun pusaka
🔹 Syarat-syarat pusaka
🔹 Mereka yang ditegah mendapat harta pusaka
🔹 Ahli waris yang berhak – Kaedah Fajar
🔹 Latihan Melukis Carta Pokok Keluarga Ahli Waris
🔹 Penghalangan - Kaedah Fajar
🔹 Ahli waris Fardhu - Kaedah Fajar
🔹 Ahli waris ‘Asobah - Kaedah Fajar
🔹 Latihan Penghalangan dan Pembahagian
❌ Tiada operasi matematik / pengiraan dalam bengkel ini. Jangan risau 😄
✒️ INFO TENAGA PENGAJAR
Ustaz Hilmi Haniz adalah seorang lulusan Diploma Pengurusan Kewangan Islam. Beliau mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh. Beliau juga sering memberi ceramah dalam bengkel Faham Faraidh kepada umum dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak.
✒️ DISEDIAKAN
🎥 Nota Fizikal
📜 Sijil Penyertaan
✅ Jamuan pagi dan tengah hari
✒️ PERCUMA
Buku Faham Faraidh yang berharga RM 30 diberikan secara percuma kepada setiap peserta bengkel
✒️ LOKASI BENGKEL
Akademi Alif, Kota Damansara, Petaling Jaya
✒️ PRA-PENDAFTARAN
Sila ke group WhatsApp di bawah 👇
✒️ PEMBAYARAN YURAN
Yuran bengkel boleh dijelaskan di sini
✒️ MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi
018 789 252 atau WhatsApp https://wa.me/60187892252
Sila kongsikan info ini kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya
Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira
#kursus #bengkel #seminar #asas #faraid #faraidh #percuma #mawaris #akademi #alif #hilmi #haniz
Comments
Post a Comment