BENGKEL ASAS FAHAM FARAIDH




<> 26 Mei 2024, Ahad

<> 9 pagi – 5 petang

<> RM 35 online | RM 75 bersemuka

<> PERCUMA video rakaman dan slaid

<> PERCUMA Kupon RM 5 pembelian buku Faham Faraidh

<> Ustaz Hilmi, penulis buku Faham Faraidh, bertauliah MAIS


✒️ PENGENALAN

        Harta seseorang akan menjadi milik ahli warisnya apabila dia meninggal dunia. Syari'at Islam telah menetapkan pembahagian harta si mati kepada ahli warisnya dengan kadar-kadar tertentu dengan penuh keadilan. Ilmu ini dinamai dengan ilmu Faraidh.

        Pengetahuan berkaitan ilmu ini masih diperingkat rendah di kalangan masyarakat. Ini dapat diketahui masih banyak salah faham di antara mereka berkenaan pembahagian faraidh. Contohnya, ada pandangan mengatakan hukum faraidh hanya menjadi wajib apabila ahli waris tidak ada kata sepakat.

        Selain itu, ada mengatakan bahawa ahli waris tertentu sahaja yang dapat sebahagian besar harta pusaka seperti anak sulong, anak bongsu, anak yang menjaga ibu bapa semasa mereka sakit dan lain-lain lagi.

        Untuk mengikis kekeliruan seumpama ini, maka Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia bersama Akademi Alif akan menganjurkan bengkel sehari berkenaan ilmu faraidh. Bengkel ini adalah bagi menerangkan secara asas ilmu faraidh.


✒️ OBJEKTIF BENGKEL

¬ Menyebarkan pengetahuan tentang asas ilmu Faraidh tanpa melibatkan pengiraan 

¬ Memberi kefahaman mengenai pembahagian harta pusaka secara adil menurut Syari'at Islam.

¬ Memudahkan kefahaman dan mengingati ilmu Faraidh melalui kaedah Fajar

¬ Meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya ilmu faraid dalam masyarakat Islam

¬ Mempertingkat kemahiran dalam pemahaman dalam ilmu faraid


✒️ KANDUNGAN MODUL BENGKEL

~ Pengenalan ilmu Faraidh

~ Harta pusaka

~ Perkara wajib ditunaikan sebelum pembahagian faraidh

~ Sebab-sebab mendapat pusaka

~ Rukun-rukun pusaka

~ Syarat-syarat pusaka

~ Mereka yang ditegah mendapat harta pusaka

~ Ahli waris yang berhak – Kaedah Fajar

~ Latihan Melukis Carta Pokok Keluarga Ahli Waris

~ Penghalangan - Kaedah Fajar

~ Ahli waris Fardhu - Kaedah Fajar

~ Ahli waris ‘Asobah - Kaedah Fajar

~ Latihan Penghalangan dan Pembahagian


❌ Tiada operasi matematik / pengiraan dalam bengkel ini.


✒️ INFO TENAGA PENGAJAR

Ustaz Hilmi Haniz merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia seorang lulusan Diploma Pengurusan Kewangan Islam. Beliau mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh. Beliau juga sering memberi ceramah dalam bengkel Faham Faraidh kepada umum dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak.


✒️ DISEDIAKAN

> Peserta bersemuka 

- Nota fizikal 

- Sijil penyertaan 

- Jamuan tengah hari 


> Peserta online 

- Nota Digital 

- Sijil Penyertaan Digital 


✒️ PERCUMA !

< Slaid bengkel

< Rakaman bengkel 

< Kupon RM 5 pembelian buku Faham Faraidh


✒️ LOKASI BENGKEL BERSEMUKA

Akademi Alif, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

https://maps.app.goo.gl/44MY7htWCJf44VcWA


✒️ PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN YURAN


✒️ MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi

018 789 2252 atau WhatsApp https://wa.me/60187892252


Sila kongsikan info ini kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya


Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira


#kursus #bengkel #seminar #asas #faraid #faraidh #mawaris #akademialif  #duahfaraidhmalaysia #pdfm

Comments